Goreng Pisang Cheese


Bahan bahan yang diperlukan

1 biji  pisang tanduk (dipotong mengikut citarasa masing²)

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung beras

sebiji telur

1 sudu butter

secubit garam

Serbuk kunyit/perwarna kuning

minyak masak secukupnya untuk mengoreng

air

garam


Bahan² untuk sos dan topping

Cheddar cheese (diparut) 

1 sudu besar susu pekat manis

1 sudu besar butter


Cara-cara

1. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan dalam satu bekas. Masukkan air dan telur serta serbuk kunyit. Masukkan sesudu butter didalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam.

2.  Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan.(deep fry).

3. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter,  sedikit keju yang telah diparut dan 1 sudu susu pekat manis, Kemudian masukkan pisang dan gaul rata. Dah gaul rata masukkan dalam pinggan dan taburkan chedder cheese. Sedia untuk dihidang!

Atau nak lagi senang beli je pisang goreng kemudian beli cheddar cheese dan tabur. Lagilah mudah! Nak perisa yang lebih, tabur je Chocolate chip, lagi best. Selamat mencuba.


No comments

Powered by Blogger.