300ml Nanah Pekat Dikeluarkan Dari Dada Si Kecil


Ini adalah x-ray bahagian dada seorang pesakit saya beberapa bulan yang lalu. Adik ini berusia dua bulan, dibawa oleh ibubapanya datang ke Jabatan Kecemasan kerana nafasnya kelihatan laju. 

Apa yang dihidapi oleh adik ini cukup singkat. Dua hari sebelumnya, dia demam dan cuma pada pagi itu nafasnya laju, tiada masalah lain. 

Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, bacaan oksigennya (SPO2) cuma 80%. Doktor menjadi hairan apabila stetoskop diletakkan pada bahagian dada kiri tidak kedengaran apa-apa. Lantas x-ray ini dilakukan.

Apa yang adik ini hidapi ialah penyakit jangkitan kuman yang dinamakan Empyema. Apa yang berlaku?

Melalui x-ray ini, kita dapat lihat hampir keseluruhan paru-paru sebelah kirinya dipenuhi dengan sesuatu yang berkemungkinan cecair (warna putih dalam x-ray). Betapa penuhnya cecair itu di dadanya sehingga menolak jantung adik ini yang sepatutnya berada di sebelah kiri, menghimpit ke sebelah kanan.

Jika diperhatikan juga pada trachea (saluran penafasan), ia berwarna agak gelap berbentuk tiub, menyenget ke sebelah kanan dada kecilnya. Adik ini perlu dimasukkan ke wad. 

Tanpa berlengah lagi, prosedur chest tube insertion dilakukan. Sebuah jarum bertiub akan dicucuk dan dimasukkan ke bahagian dada kiri adik ini.

Hasilnya? Cecair yang keluar berupakan nanah pekat bagaikan teh tarik pekat, mengalir keluar melalui tiub itu. 

Selama tiga hari adik ini dipasang chest tube. Jumlah nanah yang dikeluarkan hampir 300ml. Hanya selepas nanah dikeluarkan, barulah adik ini terasa kurang penat dan oksigen badannya semakin pulih. 

Nanah yang keluar diambil dan dihantar ke bahagian kaji kuman untuk mengetahui apakah bakteria punca kepada empyema adik ini. Keputusan mendapati, adik ini rupa-rupanya terkena jangkitan Streptococcus Pneumoniae. 

"Ha, houseman mana yang ada anak kecil itu, baik bawa anak-anak kecil pergi ambil vaksin Pneumococcal sebab telah terdedah pada pesakit S. Pnumoniae. Bimbang terbawa balik di lab coat, stetoskop ke, berjangkit pula pada anak-anak," nasihat MO kepada para housemen apabila keputusan kaji kuman telah didapati.

Vaksin Pneumokokkal sememangnya sudah ada di negara kita. Namun dalam bentuk optional dan tidak disubsidikan. Kekurangan bajet menyebabkan kerajaan hanya mampu memberi subsidi ke atas vaksin-vaksin lain untuk mencegah penyakit lain yang lebih berbahaya termasuklah vaksin HPV yang baru diperkenalkan. 

Saya tidak berminat berdebat dengan golongan anti-vaksin yang mengutuk/memboikot HPV. Saya katakan "meh ganti saya untuk seminggu in-charga rawatan chemotherapy dan anda akan mendapat pesakit semuda usia 30 tahun, tanpa latar belakang kelamin yang mencurigakan sudah dihidapi kanser pangkal rahim.

Berbalik pada vaksin Pneumococcal, buat masa ini hanya disediakan oleh swasta. Satu suntikan RM200. Bagi sesiapa yang berkemampuan, usahakanlah. The benefit far outweight the cost, apatah lagi the risk.

Apa yang terjadi pada adik berkenaan? Rawatan antibiotik dimulakan segera. Dua minggu antibiotik melalui intravena, diteruskan lagi denga empat minggu antibiotik yang diberi melalui mulut. Itu pun tidak ada gerenti, tiada permanent damage ke atas paru-paru anak kecil ini. Paru-parunya mungkin mengalami fibrosis, seterusnya feformed permanently menyebabkan fungsi penafasan kanak-kanak ini affected sepanjang hayat. 

Ramai yang menolak vaksin, berbangga dan berkata "Anak aku tak vaksin, sihat saja,". 

Remember, that x-ray could be your child's. Sebelum anak kecil di atas datang ke hospital, dia mungkin telah bernafas dengan udara yang sama dengan anak anda di nusery atau di pasar malam, shopping complex atau di kerusi teksi yang anda duduk. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.