7 Hari Lagi Bernikah, Aku Nekad Putuskan Pertunangan


Raya ke tiga, keluarga dia datang meminang aku dan kami bertunang hanya dalam tempoh masa 5 bulan, kami diijabkabulkan. Alhamdulillah.

Statement ini (gambar), membuatkan aku ingin berkongsi pengalaman kami dalam tempoh masa 5 bulan bertunang. Dugaan yang kami terpaksa hadapi adalah apabila hati kami kian berubah dari masa ke semasa.


Dalam tempoh bertunang, dia hanya nampak keburukan dan kelemahan aku sahaja. Begitu juga dengan aku sendiri. 

Lebih perit lagi apabila datang orang ketiga ke dalam kehidupan kami. Perasaan menjadi tidak yakin dengan hubungan yang hampir 8 tahun kami bina. Hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja sebelum nikah, datang orang baru dalam kehidupan dia dan aku. 

Masing-masing menjadi keliru dengan perasaan sendiri. Persoalannya ialah, 'patut ke aku berkahwin dengan dia?' bermain di kepala.

Di masa itu juga muncul seorang lelaki yang jauh lebih baik daripada dia dalam kehidupan aku dan begitu juga dia di mana muncul perempuan yang lebih baik di pandangannya. 

Apa yang berlaku ini membuatkan perasaan kami mula berbelah bahagi. 

Sehinggalah satu tahap di mana aku membuat keputusan untuk putuskan ikatan pertunangan kami, seminggu sebelum kami diijabkabulkan. Di saat itu, hubungan kami semakin goyah dan semakin musnah. 

Berbaki 3 hari sebelum majlis, aku buat solat istikharah. Mengadu pada Allah apa yang aku sedang rasa dan Allah Maha Mengetahui keesokkan harinya aku rasa tenang sangat dan hati ini kuat mengatakan bahawa dia adalah jodoh yang terbaik untuk aku. 

12 Disember, aku sah bergelar isteri kepada suamiku dengan sekali lafaz dan kami jadikan setiap dugaan yang berlaku itu sebagai penaik semangat untuk kami sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. 

Pada yang sudah bertunang dan yang akan bertunang, saya nasihatkan anda kena kuat dan pertahankan hubungan yang telah lama dibina. Bukan senang nak membina masjid. Banyakkan doa agar tiada bisikan atau hasutan dari iblis yang mahu memisahkan hubungan kita. 

Di saat kau menjadi tunangan orang, kau akan nampak perempuan atau lelaki lain yang jauh lebih baik dari kau. Percayalah bahawa itu semua kerja syaitan yang berusaha meruntuhkan hubungan ikhlas yang telah dan akan dibina. - Nursyaqirin Yin | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.