AME2016 atau Anugerah Ayda Jebat 2016?


Anugerah Meletop Era 2016 (AME2016) malam tadi menyaksikan Ayda Jebat membolot banyak anugerah sehingga menimbulkan persoalan apakah beliau layak?

Paling tidak dapat diterima oleh netizen apabila Ayda Jebat berjaya menewaskan Dato' Siti Nurhaliza dalam kategori Penyanyi Paling Meletop. 

Dakwa netizen, kemenangan itu seperti sudah dirancang dari awal dan bonusnya Ayda Jebat adalah duta Aura White yang menjadi penaja AME2016.

Selain mempersoalkan kemenangan artis berkenaan, netizen juga mual dengan 'crowd' di depan pentas yang terkinja-kinja tanpa arah tuju tidak ubah seperti beruk, menjerit-jerit hampir setiap masa. 

"Baru tonton 30 minit, dah rasa murung. Kalau lebih 30 minit lagi, rasanya dah tertidur di sofa jawabnya. 

"Team production juga hancur. Muzik tak sedap, penyanyi syok sendiri, sound macam gampang. Ingatkan TV rosak, pulun habis volume tv pun masih sama juga," kata netizen.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang menarik di AME2016 seperti kemunculan Slam mengubati rindu para peminatnya. Selain itu, pentas yang menarik, Ultraman dan persembahan Syuk (SYJ) lips sync lagu Single Lady. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.