Amran Fans Ajak Anak Zahid Hamidi Jumpa Di Kedai Mamak


KUALA LUMPUR - Berang menjadi bahan sindiran pengendali laman Facebook Amran Fans, anak perempuan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, dia akan menunggu individu terbabit di Padang Mahsyar kelak. 

Terdahulu, Amran Fans memuat naik status yang menyarankan Nurulhidayah melakukan pekerjaan seperti salesgirl, promoter, cashier dan pelbagai lagi jawatan bagi menyahut cabaran ayahnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mencabar golongan belia bekerja di sektor kasar, kotor, berbahaya (3D). 

Menurut Amran Fans, cadangan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan alasan kerajaan mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh kerana rakyat Malaysia malas.

Status Amran Fans itu bagaimanapun disahut secara sinis oleh Nurulhidayah yang memuat naik kenyataan balas di laman Instagramnya. 

"Tiba-tiba rasa bangga, glamour. Tetapi tak nak riaklah sebab bukan sahaja di dunia orang akan mencari, di akhirat pun ramai yang akan cari sebab nak meminta maaf. 

"Panas dik (Amran Fans) di Padang Mahsyar itu nanti. Tak apalah, Kak Long tunggu saja korang nanti walaupun tidak berpayung emas sebab tak relah bermadu," selorohnya. 

Dalam respon terbaru Amran Fans, pengendali laman itu menyoal kembali Nurulhidayah, siapa yang patut tunggu siapa di Padang Mahsyar kelak. 

"Siapa yang patut tunggu siapa di Padang Mahsyar? Kami rakyat marhaen yang sering disakitkan hati oleh pak-pak menteri ini nak kira macam mana? 


"Takut bapak engkau itu saja nanti yang penat nak mencari kami. Kalau setakat nak jumpa Amran seorang, di kedai mamak saja sudahlah," balasnya disusuli gelak ketawa. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.