'Anak & Cucu Saya Masih Hidup'


JITRA - Susulan gambar seorang wanita membunuh diri tersebar di media sosial, bapa kepada wanita terbabit tampil menafikan dakwaan itu. 

Juhari Osman, 64, bapa kepada Nurulhuda Juhari, 33, menjelaskan bahawa berita yang tersebar di media sosial itu tidak benar dan anaknya masih hidup serta tidak pernah tinggal di negara jiran. 

Viral di media sosial mendakwa Nurulhuda membunuh diri di Utradit dengan menembak dirinya selepas menembak anak lelakinya kerana kecewa dengan sikap suaminya yang curang. 

"Anak dan cucu lelaki saya yang berusia 6 tahun masih hidup dan sedih apabila ada orang yang sanggup membuat fitnah seperti ini. Perkara ini membuatkan emosi keluarga kami terganggu," katanya. 

Menurut Juhari, ekoran tersebarnya perkara yang tidak benar itu, anak perempuannya kini masih trauma dan enggan bertemu dengan pihak media, lapor Harian Metro.

Juhari berkata anaknya baru saja kehilangan MyKad,  dan mungkin pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan MyKad itu mereka-reka cerita fitnah ini. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.