'Awak Driver Lori Je, Tak Mampu Nak Bahagiakan Saya'


Kata orang, cinta itu buta, tetapi perempuan ini lagi buta gamaknya. Mana tidaknya, perhubungan yang telah lama dibina mahu diputuskan begitu sahaja hanya kerana status pekerjaan yang dianggap tidak mampu menjanjikan kebahagiaan. 

Screenshot perbualan seorang pemandu lori dengan bakal isterinya, benar-benar membuatkan netizen geleng kepala. 

"Saya bukan tak boleh terima awak, tetapi awak tengoklah sendiri. Awak hanya seorang pemandu lori dan saya tidak yakin awak mampu bahagiakan saya.

Lagi kan nak menanggung hidup saya dengan keluarga. Sekurang-kurangnya saya perlukan bakal suami yang bergaji RM2,000 untuk menanggung kehidupan saya," kata bakal isteri lelaki itu.

Terkejut dan kecewa, selama ini wanita itu tidak pernah sesekali mempersoalkan pekerjaannya mahupun berapa gajinya sebulan. 


"Mungkin ibu dah jumpa calon suami yang sesuai dengan saya. Dia seorang pegawai Kastam dan dia akan masuk meminang tak lama lagi. Maaf," katanya. 

Bukan berniat menunjuk, bukan juga niat berbangga, pemandu lori itu berkongsikan gambar slip gaji bulanannya sebanyak RM4,799, membuatkan wanita itu terkejut. 

"What!? Wow! RM4,799?! Kenapa awak tak pernah beritahu saya? Okay, bila awak nak masuk meminang?" soal wanita itu tanpa rasa malu. 

Tidak salah juga bakal isteri memilih bakal suaminya yang berkemampuan, tetapi tidak wajar memandang rendah pekerjaan seseorang sehingga dijadikan alasan untuk tidak bersama. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.