Azam Layan Suami Seperti Raja? Kelaut!


Alkisah terbaca satu status viral baru-baru ini. Sentaplah juga. Rasa macam dipanah terus pada all 4 heart chambers! Mematikan segala myorcardial cell (okay, itu hiperbola).

Sebabnya? Dari dulu saya ingin menjadi isteri yang solehah, yang rajin, yang rumahnya sentiasa kemas, lantai licin tanpa seulas debu dan habuk. Tiap-tiap hari masak ikan tiga rasa, asam pedas dan kari kepala ikan merah siap dengan kangkung belacan atau kailan ikan masih. Ditambah lagi dengan air fresh orange atau jus tembikai. 

"Eh? Banyak pula pasal makanan,"

Yang sopan santun, yang lemah lembut dan halus budi bicaranya. Pendek kata isteri yang paling perfect! Seperti bidadari gitu. Itulah idaman saya.

Sebelum kahwin, begitu jugalah azam saya. Nak membiarkan suami rehat sahaja dan saya akan melayan dia seperti raja. Tetapi bila sudah ada anak ini, kadang kala keluar juga suara Tarzan, keluar juga muka yang masam sebab penat sangat. 

Tak sempat pun nak menunggu suami balik dari kerja sambil hidang air kopi dan pisang goreng sebabnya suami yang sampai rumah awal dari saya.

Sampai di rumah, anak-anak pula sudah melilit di kaki meminta susu. Takkan nak tolak dan biarkan anak kelaparan? Bilik pun seminggu sekali dah kira bagus dapat kemas. Tetapi 5 saat selepas itu, mainan semua berterabur. Belum jumpa lagi biskut kering bawah bantal. Nak berak pun anak dah melalak-lalak. Berak yang wajib-wajib saja. Yang sunat-sunat itu simpan dulu sebab di luar dah huru hara!

Di kala sedang serabut, adakalanya terkasar dengan suami, dengan anak, dengan orang-orang di sekeliling yang disayangi tanpa sedar.

Apa dah jadi dengan diri ini? Mana angan-angan saya sebelum kahwin itu? Yang mahu melayan suami seperti raja? Macam kelaut saja gayanya.

Dalam hati selalu rasa nak buat semua benda untuk suami dan anak. Tetapi jasad tidak mampu sebab kita ini manusia dan rasa letih kalau buat seorang diri. Lepas itu, mulalah perangai macam kena rasuk hantu kak limah. Mujur suami saya sangat sporting dan relaks saja buat kerja-kerja isteri. Nak-nak bila nampak meter saya dah meletup. 

Iyelah kan, pada siapa lagi harus kita meminta bantuan dalam menguruskan rumah tangga kita? Anak-anak kita? Mestilah suami kan? kan? 

Sebab itu perkahwinan itu adalah tanggungjawab kedua-dua suami dan isteri. Tanggungjawab bersama. Lebih-lebih lagi jika isteri yang bekerjaya. Tak kasihan ke tengok orang kita sayang tunggang langgang semata-mata mahu mengikut tradisi Melayu sangat ini?

Bidadari hanya ada di syurga. Kepada para isteri, sediakanlah syurga buat bidadari anda. Kepada para isteri, kita cuba sedaya upaya menjadi bidadari. 

Terima kasih kepada suami saya kerana menjadi raja yang hebat. Semoga saya akan menjadi bidadari yang behave dalam syurga keluarga kita. Amin. - Sharifah Khadijah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.