Baru 5 Bulan Mak Hidap Kanser Dah Sampai Tahap 4


Tadi, saya ada bertemu dengan seorang adik di Hospital Selama. Tiba-tiba tergerak hati mahu bertanya. 

"Adik jaga siapa di hospital ini?"

"Jaga mak," jawabnya sopan.

"Mak sakit apa?"

""Mak ada kanser tahap 4," katanya.

"Dah berapa lama mak hidap kanser?"

"Baru lima bulan," jawapannya membuatkan saya terkejut. Cepat benar kanser itu merebak. 

Mak dia bernama Che Minah, berusia 57 tahun. Terpaksa berulang alik ke Pulau Pinang unuk menerima rawatan kemotrapi. Suaminya juga kurang sihat, namun terpaksa juga mencari rezeki dengan menoreh getah. Pokok yang ditoreh pula bukannya pokok sendiri, tetapi milik orang lain. 

Anak mereka ada seramai 7 orang. Menurut adik itu, abang iparnya yang banyak membantu menguruskan ibu mertua ke sana sini untuk menjalani kemotrapi sehingga terpaksa diberhentikan kerja. Kerja sambilan yang dibuatnya kini, kait buah jering.

Bila saya tengok keadaan Puan Che Minah, rasa sebak sangat hati ini. Sama-samalah kita berdoa ye mudah-mudahan Allah meringankan bebannya.

Ummi akan membantu mendapatkan nombor akaun bank Puan Che Minah. Bantulah dia dan sama-samalah kita viralkan serta doakan Puan Che Minah bertabah.

Ya Allah, kuatkanlah wanita ini menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. 

Gambar ini saya rakam dengan izin anak beliau. Kepada sesiapa yang ingin meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan ke nombor akaun yang tertera di bawah: 

BSN 0822141000118555 - Fahayu binti Sahidan

Bantulah sedaya upaya walaupun hanya dengan sepotong doa. - Mashitah Dahalan | PIXEL

No comments

Powered by Blogger.