Bayi Baru Lahir Dicampak Dari Tingkat 18


KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi yang baru lahir ditemui di halaman flat Danau Kota, Setapak, pagi tadi.

Mayat bayi perempuan itu ditemui oleh penduduk flat di tepi longkang pada jam 9 pagi tadi dipercayai dicampak dari tingkat 18. 

Hasil pemeriksaan mendapati, bayi malang itu baru dilahirkan berikutan urinya masih belum dipotong sempurna. 



Ketua Polis Wangsa Maju, ACP Muhammad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah menahan seorang suspek wanita yang berusia 36 tahun. 

Lapor Astro Awani, suspek telah ditinggalkan oleh suaminya sejak dua tahun lalu. Kini menyewa sebuah bilik di flat berkenaan bersama dengan seorang anak perempuannya yang berusia 5 tahun. 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.