Belia Cabar TPM Naikkan Gaji Basic Pekerja 3D RM1,300 Sebulan


Semenjak dua menjak ini sangat heboh membicarakan tentang kerajaan bakal membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara kita bagi mengisi kekosongan tenaga kerja dengan alasan 'Belia Pemalas' dan anak beliau pula melontar kata-kata seolah dirinya well educated level dewa. 

Baiklah, saya masih berumur lingkungan 20 tahun, lulusan Diploma Pengurusan Perniagaan dari sebuh institusi swasta. 

Sebelum ini saya telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan. Pengalaman kerja saya sangat luas, semua kerja dalam penghawa dingin, duduk di depan komputer dan buat pelbagai paperwork termasuklah pernah bekerja sebagai pelayan restoran di ibu kota. 

Namun, setelah dicabar untuk bekerja di sektor 3D (bahaya, kotor dan sukar), saya menyahut cabaran itu dan kini saya bersama rakan-rakan belia yang seperjuangan bekerja di sebuah kilang simen sebagai pembersih longkang dengan gaji hanya RM800 sahaja. Setelah ditolak dengan EPF + SOCSO, bakinya RM700. 

"ADAKAH KAMI PEMALAS?"

Jangan terlalu rakus mengeluarkan kata-kata yang mendakwa belia pemalas. Jangan hanya kerana menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan membolehkan diri berkata sesuka hati sehingga menguris perasaan belia. 

Kami bukan pemalas, tetapi realitinya hasil gaji yang dipersoalkan. Ada belia yang berkelulusan tinggi, dapatlah kerja yang gajinya tinggi. Tetapi bagaimana pula dengan belia yang lain? Kenapa salahkan belia? Adakah kajian sepenuhnya telah dibuat atau suara belia itu sendiri sudah didengari? 

"JANGAN SAMPAI ORANG TUDUH ANDA BONGKAK, ANGKUH, SOMBONG DAN BUTA HATI!"

Jika kami sebagai belia boleh menerima cabaran bekerja di sektor 3D, sekarang sahut pula cabaran dari belia dengan menaikkan gaji basic pekerja 3D sekurang-kurangnya RM1,300 sebulan!

"Kami sudah menyahut cabaran kerja di sektor 3D, Timbalan Perdana Menteri bagaimana pula?"

Kini, saya dalam usaha mengajak belia di kampung menyertai saya bekerja sebagai pencuci longkang di Kilang Simen dan hasilnya, Alhamdulillah. Cina, India, Melayu, semua saya sudah pelawa dan kami bertugas dengan riang. - Azrol Nizam | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.