'Belum Ada Anak, Bolehlah Cakap Riak Bagai'


Adik ini baru kahwin, masih dalam mood berbulan madu. Kalau tidak silap saya, mereka belum ada anak lagi dan duduk di rumah saja tak ada kerja. Sebab itu dia tulis di Facebook tentang rumah dia.

Kita dulu semasa mula-mula berkahwin pun seperti adik ini juga. Rasanya semua wanita sama seperti adik ini, memang seronok buat semua kerja seorang-seorang. Kasihan pada suami balik kerja nak kena pegang penyapu. Suami tak tolong pun tak apa.

Tetapi kan dik, akak ni, bila masuk saja anak dua, huru hara dik. Serius! Nak makan pun tak sempat, nak terlelap sekejap pun susah. Nak berak pun anak-anak dah meraung di luar toilet. Adik belum lagi merasa itu semua lagi kan?

Akak doakan adik ini dikurniakan anak secepat mungkin. InshaAllah dengan izin Allah.

Pada masalah itulah tanggungjawab suami ini penting. Sangat penting bertoleransi dalam rumahtangga. Kalau suami sudah terbiasa bermanja dengan isteri, dia akan buat tak tahu saja dengan kerja rumahtangga. Sungguh! Tak tipu! Banyak sudah terjadi di depan mata. 

Tetapi kalau sama-sama buat, isteri tidak akan penat dan bermasam muka. Isteri nak melayan suami pun gembira memanjang. Sebab itu Allah letak tanggungjawab rumahtangga pada suami dik, sebab wanita dikuasai emosi dan mudah keletihan.

Itu nabi sudah berkata, Allah sudah menjadikan suami isteri itu memerlukan antara satu sama lain. Manjakan suami ada caranya, yang penting ialah bertoleransi.

Kalau dari cara adik ini menulis, suami berhak untuk memilih isteri yang rajin. Sesungguhnya ketahuilah bahawa sifat rajin itu perlu ada pada suami dan isteri. Bukan hanya ada pada salah seorang sahaja. 

Isteri tidak boleh malas, suami juga tidak boleh malas. Kenyataan adik ini terlalu berat untuk para isteri dan ibu-ibu yang lain. Apatah lagi isteri yang sama-sama bekerja mencari nafkah dalam rumahtangga. Allahurabbi.

Asal tak masak, asal tak cuci baju seminggu sekali, asal rumah bersepah dah dicop isteri pemalas. Dah nak cari perempuan lain. 

Agak-agaklah, masing-masing ada pro dan cons. Menerima dan memberi. Kena anak 4 5 orang, semua kecil-kecil, baru kemas, berterabur balik. Haishh! 

Tak payah cakap banyak-banyaklah, doakan adik ini tabah melalui hari-hari mendatang dan cabaran yang lebih hebat. Semoga Allah kurniakan zuriat buat adik Atenn. Amin.. Mudah-mudahan. - D Nurul Laila Hany | PIXELMEDIA

No comments

Powered by Blogger.