Bila Dah Anak 2, Tak Dapat Kawal Suara Seperti Singa


Tadi semasa sedang menjemur pakaian di ampaian, terdengar suara jiran belakang rumah terjerit-jerit memarahi anaknya. Kemudian, terdengar pula jiran sebelah kiri berleter pada anak-anaknya. Tiba-tiba jiran kanan hujung sikit jerkah anak pula. 

Dulu, sewaktu belum ada anak dan juga baru anak seorang, dengar ibu-ibu dok berleter pada anak-anak. Memang selalu mengumpat dalam hati.

"Apalah mak dia ni, budak kecil lagi kot. Hish! kawallah sikit suara tu, sata taman boleh dengar hang dok marah-marah anak," atau

"Adoi bapaknya oi! Marah anak itu beragak-agaklah. Kesian budak tu!". 

Dan masa berlalu. Sekarang, bila terdenar jiran marah dan berleter pada anak-anak, saya senyum sahaja sebab menjadi ibu kepada anak-anak yang sedang membesar, memang sukar nak control suara high pitch kita. 

Dalam kita cuba control, keluar juga suara singa mengaum. Tetapi dalam masa yang sama, istifhfar dalam hati. Macam inilah jiran selalu dengar saya dan suami berleter pada anak-anak.

Justeru itu, jangan asyik mengata orang  bila kita tidak berada di dalam situasi mereka. Orang bujang, jangan asyik mengata orang yang sudah berkahwin. Orang baru kahwin pula jangan asyik mengata orang yang sudah lama berkahwin. Pasangan yang baru ada seorang anak, jangan mengata orang yang ramai anak sebab nanti pusing-pusing akan terkena pada diri kita juga.

Dalam Facebook friend cycle pun saya jumpa perkara yang sama. Dulu time dia anak seorang, asyik menasihatkan mak anak ramai gitu gini, buat gitu gini. Aik? Mana nasihat dan kutukan dia yang dulu? Rupanya sudah terkena pada batang hidung sendiri. - Hana Seman | PIXEL MEDIA

Powered by Blogger.