Budak 4 Tahun Putus Kaki Tersepit Eskalator


KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun putus sebahagian pergelangan kaki kiri akibat tersepit di eskalator di KL Sentral, petang tadi, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang itu, difahamkan mangsa sedang turun dari tingkat satu menggunakan eskalator tersebut. Mangsa tersepit di antara panel besi dan tangga. 





Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur menerima panggilan dari pengurusan bangunan yang meminta bantuan untuk mencari bahagian kaki yang terputus pada jam 5.43 petang. 

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sebaik sahaja berjaya dikeluarkan dari eskalator. - PIXELMEDIA

No comments

Powered by Blogger.