Ciri-Ciri Tadika Pilihan Dari Kacamata Seorang Ibu


1. TIADA BUKU ATAU BUKU YANG SANGAT MINIMA

Mengapa? Tag line bagi seorang anak : Play More You Learn Better. Bermain adalah dunia mereka. Belajar sambil bermain itu adalah metod yang paling baik dan berkesan untuk seorang anak 0 - 6 tahun (sesetengah kajian 0 - 8 tahun).

Buat latihan dalam buku? Jika tiada lagi bagus. Jika ada, minima 1 - 2 muka surat sahaja. Tidak lebih dari itu. Jadi Cikgu mestilah superb dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kaya aktiviti dan aktif! Anak akan sentiasa ada aktiviti, bergerak, berfikir, berimaginasi, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

2. TIADA HOMEWORK

Mengapa? Anak sebesar 4 dan 5 tahun bawa balik homework? Oh no! Anak saya memerlukan lebih masa bersama saya selepas waktu bekerja dalam bentuk bermain bersama, membaca bersama, mengaji bersama, solat jemaah bersama. Can you imagine, kalau ada homework, anak akan serious melakukan kerja. Kalau tak siap dia akan menangis. Mak tertekan sebab tak boleh nak bantu. Anak pula paksa-paksa.

The real homework is, bersama dengan anak, banyakkan berkomunikasi dengannya, baca bersama untuk memperbanyakan vocab nya dan banyakkan bergurau ketawa dengannya.

3. AKTIVITI DI SEKOLAH LEBIH KEPADA HANDS-ON ACTIVITY

Mengapa? Itulah cara yang paling bagus untuk mengajar seorang anak 0 - 6 tahun. Contohnya nak ajar anak matematik. Kita mahu memperkenalkan prinsip tambah dan tolak. Bagaimana? Beri buku? No! No! No! Anak belajar dengan 3 cara utama -secara visual, audio dan kinestetik.

Ambil 2 keping biskut misalnya. Terangkan kepada (audio), tunjuk biskut tersebut (visual), sentuh dan makan biskut tersebut (kinestetik). Cikgu ada 2 keping biskut. Murid pun diberi 2 keping biskut yang sama. Jom kira sama-sama! Satu....dua.... Ahmad nak pegang biskut ni? Ahmad pun pegang. 

Dia pun mengira. Cikgu makan satu biskut. Ngap!... Nyummy!!!!....Jom kita makan satu biskut. Sekarang tinggal berapa biskut kita?

"Satu!!!!!!!"

See? This is how a child 0 - 6 years old learn. Jika bagi buku, depa koyak, depa tenung je buku tu, depa tak nak buat, bukan sebab depa pemalas, degil, tapi sebab cikgu tak faham macamana cara anak-anak ini belajar. Kalau cikgu komplen cakap anak kita yang 4 tahun tu pemalas sebab tak nak buat kerja dalam buku, carilah tadika lain atau jom lah ajar anak sendiri di rumah. Serious!

4.  TIADA TIME-OUT/DENDA/ROTAN BERDIRI ATAS KERUSI DAN SEBAGAINYA

Nak denda anak umur 4 tahun? Sebab apa? Sebab dia gaduh dengan kawan dia? Sebab dia tak dengar cakap cikgu? Meh kita tengok hadith pasal solat. 

Nabi kata solat wajib umuq berapa? 10 tahun kan? Berapa lama seorang ibu dan bapa itu perlukan untuk mendidik seorang anak untuk solat? Ya, 10 tahun! Adakah gaduh dengan kawan tu dosa dia lebih hebat dari tak solat sampai kita suruh dia berdiri luar kelas? Adakah tak faham apa yang cikgu ajar itu lebih hebat dosanya dari tidak solat sehingga anak itu disuruh berdiri atas kerusi?

Dan lagi satu, Nabi kata umuq anak 0 - 7 tahun, macamana cara kita didik dia? Ya, dengan cara bergurau, bermain dan bermesra dengan mereka. Ingat tak cerita Hassan dan Hussin yang main di belakang Nabi semasa baginda solat? Nabi buat apa? Hambat pakai rotan kaaa...? Baginda suh depa berdiri hadap dinding ka? 

Pernah dengar tak sebuah kisah, sahabat Nabi panggil anaknya supaya datang kepadanya. Kalau hang datang, ayah bagi ini. Nabi pun tanya, betui ka hang nak bagi kalau dia datang kat hang. Kalau hang tipu hang berdosa!

Tengok...betapa kasihnya Nabi pada kanak-kanak. Kita pula sangat garang pada anak-anak. Bukan setakat itu, kita tak hormat hak depa sebagai kanak-kanak.

5. MEMPUNYAI CIKGU YANG MEMAHAMI AKAN KEPERLUAN ANAK-ANAK DI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Mengapa penting? Semua orang boleh mengajar budak kan?

Eh...jangan pandang rendah pada cikgu tadika. Ingat senang ke nak ajar pendidikan awal kanak-kanak. Silap gaya, hari ni masuk kerja, petang tengok-tengok dah hilang hihihi... Sebab tak tahan anak tak duk diam. Ada yang menangis. Ada yang hingus meleleh. Belum lagi yang berak kencing dalam seluar.

Ini sangat penting. Mengajar anak tadika tak sama macam ajar anak di sekolah menengah. Mengajar di tadika bukan boleh duk saja menyandar sambil belek telefon. Sekali kita lepas pandang, ada lah karang anak yang bergaduh kat belakang, tercalar muka lah, yang terjatuh lah.

Cikgu yang tak faham pendidikan awal kanak-kanak, mereka akan kata anak yang mengamuk itu nakal, yang selalu menangis tu manja terlebih, yang tak nak buat apa yang cikgu cakap tu pemalas, yang selalu buat kawan tu degil.

6. TIADA EXAM!

Mengapa? Anak 4 - 6 tahun ada exam? Oh tidak! Untuk apa kita put them in grades? Sebab nak anak kita duduk dalam kelas pandai bila masuk darjah satu. Betul tak? Kalau anak kita tak duduk dalam kelas nombor satu, anak kita kategori bodoh kah?

Tahukah anda, banyak kajian telah membuktikan bahawa, kebanyakan anak, kemampuan mereka untuk membaca adalah pada umur 7 dan 8 tahun. Sebab itu ada anak yang masa masuk tadika ramai parents kondem anak sebab tak pandai baca. Bayar mahal tapi tak pandai baca.

Yang dia tak pandai satu je iaitu tak boleh baca. Tapi yang dia pandai, kita tak nampak seperti pandai mengira, tulisan cantik, pandai bergaul, pandai bercerita... Dalam tidak sengaja kita tidak menghargai dan merendahkan anak kita.

Mereka bukan tak pandai baca. Proses membaca itu sedang berlaku. They will know how to read at the right time, inshaAllah. Apa yang kita boleh buat adalah bantu mereka, ransang mereka tapi bukan paksa dan marah-marah.

7. TIADA WHATSAPP GROUP

Mengapa? Malas lah nak hurai panjang hehehe. Maaf. Sangat panjang status saya kali ini. Semoga mendapat manfaat. Oh ya..lupa nak tambah. Kita bayar mahal ke tadika bukan bayar untuk cikgu bagi buku then anak-anak buat kerja diam-diam. Kita mahu anak kita di sekolah melompat, bercakap, bergaul, bijak beremosi, berfikir, menyelesaikan masalah. Itu sebenarnya tugas anak dan cikgu di tadika. Jangan lupa...cikgu sebenar adalah kita! - Ashikin Hashim | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.