Curang! Isteri Simbah Asid Pada Suami


KAJANG - Tidak tahan dengan sikap curang suami, seorang wanita hilang kawalan lalu menyimbah asid ke atas lelaki itu di kediaman mereka di Taman Megah, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah malam itu, wanita terbabit menyimbah asid yang diisi pada sebuah botol kaca pada mangsa yang sedang tidur di biliknya.

Mangsa berusia 48 tahun bekerja sebagai pendawai elektrik, melecur 64% bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Kajang, lapor Kosmo!

Difahamkan, wanita yang bekerja sebagai jurujual itu mengambil tindakan sedemikian kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang masih meneruskan hubungan sulit dengan wanita lain semenjak tiga tahun lalu. 

Wanita yang berusia 51 tahun itu dikatakan pernah cuba menasihati suaminya agar tidak meneruskan hubungan dengan kekasihnya itu. Malangnya mangsa enggan mengendahkan nasihat wanita berkenaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.