'Dia Datang Meminta Wang'


Ketika sedang bersarapan pagi, saya dihampiri oleh seorang lelaki tua yang meminta wang. Saya mendapati dia sangat lapar dan dahaga, lalu saya menjemputnya duduk bersama dan bersarapan bersama-sama.

Saya pesan untuk uncle ini 3 nasi lemak, 1 roti canai, 1 teh tarik, 1 teh o ais dan 1 murtabak ayam. Namun belum sempat murtabak siap, uncle ini memohon meminta diri. 

Dia tunduk sambil menekup tangan dan memberi salam Buddha. Saya dapatkan uncle dan menyambutnya dengan hati yang sedih. Saya pimpin tangan dan memintanya menunggu seketika sementara saya ke kereta untuk mengambil wang RM100 dan dihulurkan kepadanya. 

Saya juga telah memberitahu taukey restoran, jika lelaki ini datang lagi, hidangkan dia makanan dan minuman. Bayarannya di atas saya. 

"Buat uncle, selamat menyambut tahun monyet,"

To give happiness is to deserve happiness. - Sharul Nizam Ab Rahim | PIXELMEDIA

No comments

Powered by Blogger.