Dia Gagal Mendapat Biasiswa Kerana Faktor Bangsa


Saya ada cerita sedih ingin dikongsikan bersama,

4 tahun yang lalu, saya melihat seorang gadis memuat naik status di laman Facebook memberitahu yang dia memerlukan biasiswa untuk belajar bidang perubatan bio di Universiti Oxford. Ya, dia mendapat tawaran tersebut. 

Saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib membantunya. Orangnya sangat baik dan sopan. Datang dari negeri pantai timur ke Kuala Lumpur untuk menghantar segala dokumen kepada saya. 

Saya melihat segala dokumen yang dia berikan dan gadis ini memang cemerlang habis! Selain itu, dia juga mempunyai hati yang baik. Mengapa? 

Saya difahamkan bahawa sepupunya telah meninggal dunia pada usia yang muda akibat penyakit kanser. Dan apa yang dia mahu lakukan dalam hidupnya adalah untuk mencari penawar kanser. Betapa mulianya hati dia. 

Saya mengambil dokumennya yang mana dia telah berusaha keras ke atasnya, saya cuba usulkan pada 11 pihak yang berkaitan. Malah, saya turut menulis surat kepada pihak berkenaan termasuklah JPA, Khazanah, Bank Negara dan banyak lagi. Saya juga cuba menghubungi beberapa rakan yang berpengaruh untuk membantunya. 

Malangnya, dia tidak mendapat sebarang tawaran biasiswa. Alasan-alasan yang diberikan membuatkan saya sedih. Malah, permohonannya ditolak kerana faktor bangsa. 

Saya berasa sangat malu dan tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan perkhabaran yang tidak baik ini kepada gadis berkenaan. Mujur dia amat memahami dan berterima kasih di atas usaha saya cuba membantunya. 

Bagaimanapun, setelah puas mencari, dia akhirnya mendapat pinjaman untuk belajar di Universiti Oxford. Katanya, dia mahu balik untuk berkhidmat dan terlibat dalam industri penyelidikan rawatan kanser di Malaysia selepas tamat pengajiannya. 

4 tahun kemudian, (ya, kami masih berhubung di Facebook), dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang dan ditawarkan melakukan PhDnya di universiti yang sama. Jadi, kami sekali lagi berusaha meraih dari pihak yang sudi memberikan biasiswa kepadanya. Namun, hasilnya tetap gagal dan tiada yang sudi menajanya. 

Hari ini, saya melihat Facebooknya. Pihak Universiti Singapura mengambilnya meneruskan pengajian di situ. Saya jangkakan ia adalah satu peluang yang baik untuk diri. 

Apa yang ingin saya katakan ialah, kita baru saja kehilangan seorang belia yang berbakat dan pintar. Sementara itu, bila difikirkan balik, terlalu ramai mahasiswa yang tidak berkelayakan, malas, tidak cekap dan yang mengaku sebagai warganegara Malaysia mendapat biasiswa dari kerajaan dan syarikat-syarikat GLC untuk belajar di United Kingdom, Australia, U.S.A. Ada sesetengahnya gagal dengan teruk, membazirkan wang pembayar cukai dan wang rakyat Malaysia.

Saya tahu apa yang tidak betul, saya tahu apa yang benar. Kebiasaannya saya tidak ambil peduli pun. Tetapi saya tidak boleh terima bilamana melihat Malaysia kehilangan anak-anak mudanya yang berbakat dan pintar hanya kerana lemahnya kita dalam menghargai bakat dan kepintaran yang ada. 

Saya sangat sedih. 

Dia baru sahaja menghubungi saya melalui Facebook da memberikan senyuman yang besar pada wajah saya. Katanya,

"Saya berhasrat untuk berkhidmat di Malaysia pada masa akan datang dan kerja di Singapura ini hanyalah sementara sahaja. Lagipun di NUSi mempunyai kemudahan penyelidikan yang baik, selain dari dibiayai dan lebih banyak mendapat pendedahan yang baru," katanya. 

Jika anda mengetahui bagaimana dan sesiapa yang boleh menaja PhDnya di Oxford, maklumkanlan kepada saya. Saya akan berikan maklumatnya kepada anda. Dia telah banyak mengharungi kekecewaan namun tidak pernah berputus asa. Jadi, berdoakan untuk kami. - Tai Zee Kin | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.