Dibelasah Kerana Gambar Bayi Ditag Dengan Nama Lelaki Lain


SINGAPURA - Seorang wanita dibelasah dengan teruk oleh suaminya sendiri hanya kerana gambar bayi mereka ditag pada nama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam kejadian pada 30 Januari itu, Stella Ooi, berasal dari Pulau Pinang itu berkata, gambar anaknya itu ditag oleh rakannya dengan nama SH Dato' Lee. Namun dia tidak mengenali individu berkenaan. 

"Sesiapa sahaja boleh tag gambar di Facebook. Namun, hanya disebabkan ini, saya dibelasah oleh suami saya," katanya. 


Menurut mangsa, lelaki itu mendakwa dia mempunyai hubungan sulit dengan individu bernama SH Dato Lee meskipun telah menafikan dakwaan suaminya itu berulang kali sehingga menimbulkan pertengkaran di antara mereka. 

Akibatnya, mangsa mengalami kesan lebam di beberapa bahagian badan. 

Ekoran dari itu, Stella telah membuat laporan polis dan dilaporkan mangsa kini tidak tinggal bersama suaminya selepas kejadian itu. 

Jelas mangsa, lukanya telah sembuh pada 4 Februari dan telah dibenarkan keluar dari hospital. - PIXELMEDIA


No comments

Powered by Blogger.