Doktor Kata Boleh 'Discaj' Bukan Bermakna Boleh Terus Balik

Gambar hiasan | Google Images

Kepada pesakit atau saudara mara pesakit atau yang bakal menjadi pesakit di hospital kelak, ini satu peringatan untuk anda. 

Jika doktor memaklumkan bahawa anda boleh discaj dari wad, ia bukan bermakna anda boleh terus mengangkat beg dan on the spot meluru keluar pulang ke rumah sejurus perkataan 'discaj' itu disebut. Tetapi anda perlu menunggu beberapa ketika untuk doktor dan kakitangan jururawat menyiapkan segala dokumen-dokumen penting yang berkaitan sepanjang keberadaan pesakit di dalam wad. 

Kakitangan hospital juga tidak sebegitu tegar untuk 'menyimpan' anda dalam tempoh yang lama di wad. Lebih-lebih lagi ketika anda memang sudah sembuh, sihat walafiat. Jadi, tidak perlulah berulang alik ke kaunter untuk bertanyakan bila proses discaj akan siap. 

Discaj itu bukan perkara semudah yang disangkakan. Surat temujanji, slip ubat, sijil cuti sakit dan pelbagai lagi perkara itu semua memerlukan masa untuk disiapkan. Kalau pesakit tidak mendapat sijil cuti sakit, pesakit juga yang akan emosional.

Jadi, tolonglah jangan melenting dan kata "tadi doktor kata sudah boleh discaj, kenapa lama sangat dari tadi saya tak balik?". Anda perlu faham bahawa bukan anda seorang sahaja satu-satunya pesakit yang didiscaj  pada hari tersebut. Ramai lagi pesakit-pesakit yang lain di dalam wad itu menggelepar tak sabar nak pulang ke rumah seperti anda. Jadi, sila tunggu giliran anda dengan sabar. - Khairi Malik | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.