Dulu Cikgu, Kini Dia Terpaksa Mengemis


Subhanallah, apa yang berlaku pada wanita ini? Dulu dia adalah guru sekolah rendah saya. Kini, dia mengemis di sana sini untuk membeli makanan. 

Dia duduk di sebelah saya, saya amat cam wajahnya itu walaupun sudah 40 tahun berlalu. 

"Nak, boleh minta duit untuk beli makanan?" itu soalan yang dia tanya pada saya. 

"Cikgu Siti, Cikgu Siti ni kan?" mata sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir jua di depan wanita ini. 

Menurut penduduk di sini, Cikgu Siti menjadi begini selepas kematian suaminya dalam kemalangan jalan raya. Sejak dari itu, dia hilang arah sehingga ke hari ini. 

Saya masih ingat, dahulu dia adalah cikgu yang sangat berdedikasi, efisyen, malah menghabiskan pelajarannya di United Kingdom. 

Saya berdoa agar Allah melindunginya. Saya bersyukur walaupun dilanda kegagalan dalam kehidupan ini, Allah masih memberikan saya kekuatan untuk menhadapinya. Alhamdulillah. - Facebook | PIXEL MEDIA

1 comment

POLARIS said...

x ada istilah gagal dalam hidup. Selagi ada daya berusahalah. Allah jadikan kita manusia untuk berusaha. Selagi belum mati berusahalah untuk ke arah yg lebih baik. Insyaallah.

Powered by Blogger.