Gadis Nafi Diculik, Hanya Bersiar-siar Saja


SEPANG - Seorang gadis yang dilaporkan dilarikan oleh teman lelaki di hadapan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL), Kajang, kelmarin akhirnya tampil menafikan bahawa dirinya diculik. 


Gadis yang berusia 20 tahun itu membuat laporan polis dan mengaku keluar bersama teman lelaki untuk bersiar-siar di sekitar kawasan Bangi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Abdul Aziz Ali berkata, mangsa tampil membuat laporan polis dan membuat penafian yang dia telah diculik. Ekoran itu polis menklasifikasikan kes itu sudah selesai.

Menurutnya, gadis berkenaan mungkin berdepan dengan masalah hubungan cinta yang tidak dipersetujui oleh ahli keluarga. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.