Hantar Anak Ke Sekolah Swasta Sebab Tak Percaya Sekolah Kerajaan?

Gambar Hiasan | Google Images

Ada orang tanya saya, "Hantar anak ke sekolah swasta, tak percaya pada cikgu di sekolah kerajaan kah?"

JAWAPAN SAYA:

1. Pelajaran juga satu bentuk pelaburan di mana kita perlu melabur untuk mendapat pulangan dalam Return on Investment (ROI). ROI ini dalam pelbagai bentuk, ada yang mahukan anak-anak mereka menjadi pelajar pandai tetapi ramai yang memilih untuk anak-anak mereka berada di landasan agama yang lagi menyeluruh dengan penekanan ilmu al-quran dan hadis. 

2. Sekolah swasta ini dalam jumlah yang kecil dan sederhana. Biasanya dalam sebuah kelas hanya ada lebih kurang 20 orang pelajar sahaja. Cikgunya pula ada masa yang lebih untuk fokus pada pelajar. 

3. Layanan di sekolah swasta ini biasanya akan diberikan sama rata. Tiada ranking class yang cemerlang dari gred A B dan F seperti sekolah biasa.

4. Zaman sekarang cukup competitif. Biasanya pelajar yang fasih menguasai bahasa inggeris akan mendapat priority untuk bekerja dalam pelbagai bidang. Biasanya sekolah swasta yang establish gunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. 

5. Keadaan kejiranan. Saya dulu dibesarkan di kampung dan dulu mana ada internet boleh akses semua benda. Anak saya pula berbeza, berada dalam masyarakat bandar dan segalanya terbuka. 

Lagi satu, depan guard perumahan kami merupakan pintu pagar belakang sekolah menengah. Jam 8 pagi, kami pasti akan ternampak pelajar yang ponteng setiap hari tanpa adanya cikgu disiplin atau guard yang mengawasi. Yang hisap rokok pun ada, sambil bersantai. 

6. Subjek kokurikulum diajar dari kecil lagi. Di tadika, mereka sudah diajar untuk berenang, ilmu mempertahankan diri sehingga sukan lasak seperti berkuda dan memanah, ianya adalah sunnah dari Rasulullah SAW. 

7. Ramai yang berkira mahu melabur untuk pendidikan anak-anak dan mahukan bayaran minima tetapi mampu memiliki kereta mewah dan rumah besar. Kalau yang mampu membayar ansuran kereta RM3-4K dan rumah RM4-5K sebulan ini, allocate seorang anak RM1.2K - Rm1.5K sebulan untuk pendidikan mereka. Ianya akan mengurangkan kesesakkan di sekolah kerajaan dan secara tidak langsung akan membantu orang lain.

8. Jangan menganggap ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah swasta itu berstatus jutawan. Ada juga yang berkereta Perodua Kancil. Allocation untuk kenderaan, ada ibubapa sanggup korbankan untuk pelajaran terbaik bagi anak-anak mereka. Tak percaya? Saya sudah jumpa.

9. Kalau kita mahu berjaya, kenalah bergaul dengan orang yang berjaya dan berfikiran positif. Begitu juga dengan anak-anak, inginkan anak-anak yang berada dalam landasan al-quran dan ilmu agama, kita masukkan mereka di persekitaran yang menekankan ilmu agama yang boleh memberi ROI yang cukup bernilai selepas kita sudah tiada.

10. Akhir sekali, sekolah kerajaan sekolah yang terbaik. Tetapi kita mahu mencari yang paling baik untuk anak-anak kita.

Kongsikanlah artikel ini jika rasa ia boleh membuka minda untuk kita buat pelbagai pelaburan jangka masa panjang kita. Pelaburan bukan setakat dari segi ROI physical, unsur insaniah juga diambil kira. - Shaari Anuar | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.