Harga Ubat RM5,629 Seunit, Tapi Rakyat Bayar RM1


Semalam di hospital, ada pesakit yang mengalami serangan jantung yang agak teruk. Doktor yang merawatnya telah memohon saya melihat kes ini, memandangkan kesnya agak kompleks dan memerlukan rawatan pakar. 

Saya pun memeriksa pesakit itu dan kemudian memutuskan untuk memberikan ubat mencairkan darah, yang berharga RM3,000 untuk pesakit berkenaan.

Apabila doktor pakar merawat, adalah lumrah bagi doktor-doktor yang lain, kakitangan dan pelajar perubatan untuk ikut sama bagi mengambil peluang untuk belajar dari doktor pakar. 

Saya pun memberitahu mereka tentang cara merawat kes tersebut dan ubat yang digunakan itu berharga RM3,000. Namun, pesakit hanya perlu membayar RM1.00 sahaja untuk ubat tersebut. 

Rata-rata pelajar perubatan saya terkejut dan tidak percaya. Lalu saya memaklumkan yang Kerajaan Malaysia menanggung subsidi kesihatan untuk rakyatnya. 

Jika anda terkena serangan jantung, terdapat satu ubat yang bernama Metalyse atau nama aslinya Tenectaplase yang boleh digunakan oleh doktor. Ia amat berguna terutamanya di dalam kes yang melibatkan serangan jantung mengejut (sumbatan salur darah koronari akut) bagi tujuan mencairkan dan membuka semula sumbatan.


Ubat ini harganya saya ingat adalah RM3,000 selama ini. Hari ini saya mencari harganya di laman web farmasi dan harganya yang terkini adalah jauh lebih tinggi iaitu RM5,629.75 seunit!!

Namun rakyat Malaysia hanya perlu membayar RM1 di Jabatan Kecemasan dan diberikan ubat ini oleh Kerajaan Malaysia tanpa banyak soal sekiranya berindikasi. 

Subsidi kesihatan kita adalah yang tertinggi di dunia. Di sinilah mengalirnya bayaran GST dan cukai anda. Kita wajar mendidik generasi baru untuk bersyukur dan menjadi makhluk yang berterima kasih. - Doktor Abdul Rahman | PIXEL MEDIA

1 comment

POLARIS said...

Mendapat penerangan dari seorang pakar baru kita faham kenapa dan mengapa GST tu penting. Ini asyik disogok dengan penerangan dari org yang tak tau apa2. Sudahnya ramai yang marah...

Powered by Blogger.