Ingin Berhijrah Ke Australia? 20 Perkara Ini Mungkin Anda Perlu Pertimbangkan

Gambar: FatinHilmi

Kenapa ramai rakyat Malaysia yang berpindah ke Australia? 

Menulis di atas kapasiti penduduk tetap di Australia, ramai yang cuba menutup mata hati sendiri dengan mengangkat emas di negara orang sambil menafikan berlian di negara sendiri.
Sejujurnya, sepanjang 2 tahun lebih berada di luar Malaysia, saya tidak pernah berkata bahawa berada di Malaysia amat sukar untuk mencari rezeki. Sebaliknya yang menyusahkan rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia itu sendiri.

Berikut antara pemerhatian aku selama dua tahun di Australia sebagai seorang yang berstatus penduduk tetap.
  1. Tiada keistimewaan sebagai bumiputera. Hak itu adalah samarata, tetapi bukan semua hak yang kita boleh dapat. Dalam erti kata lain, sedarlah diri. 
  2. Kemudahan awam yang sangat efisien tidak dinafikan dan memang sesuai dengan status 1st World Country. 
  3. Harga sewa rumah yang tinggi.
  4. Utiliti kos yang tinggi.
  5. Perlu visa yang sah untuk bekerja. Kalau beritahu nak belajar dan guna bridging atau protection visa, agak-agak berkat tak gaji yang diperolehi itu? Hanya Allah yang tahu. Most Malaysian did this.
  6. Islam adalah minoriti.
  7. Cuaca ada empat musim. Setiap musim kita perlu ada pakaian khas untuk menyesuaikan diri.
  8. Waktu solat berubah-ubah. Waktu solat pada musim summer mirip seperti waktu solat di Malaysia. Tetapi musim winter dan autumn, waktu solat dua jam interval.
  9. Hidup di bandar besar, mudah mencari makanan halal tetapi kos sara hidupnya amat tinggi.
  10. Hidup di remote area, sukar mencari makanan halal tetapi kos sara hidupnya rendah.
  11. Tidak semua 'mat salleh' menghormati orang Islam dan apabila berita mengenai ISIS atau pengganas keluar di media, Islam akan menjadi mangsa. Ada yang kata kurang Islamophobia, adakah anda pasti? 
  12. Kedai kebab bersepah tetapi jangan tertiupu sebab ada yang jual kebab tidak halal. Di mindset kita pula fikirkan yang semua kebab itu adalah halal.
  13. Airport ada surau, sesetengah airport ada bilik bilik sembahyang untuk semua agama. Airport Malaysia pun ada surau kan? Sentiasa penuh aku rasa.
  14. Komuniti Melayu di bandar-bandar besar Australia sangat besar. 
  15. Di sini tiada warga Bangla third claas seperti yang di Malaysia dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh. Tetapi ramai buruh kasar di sini berasal dari negara perang dan juga Europe. Tidak kurang juga yang datang sebagai pelarian yang mana adakalanya bahasa inggeris pun mereka tidak fasih.
  16. Nak bercucuk tanam pun susah. Nasib baik ada buku dari bro Ashraf, boleh belajar tanam sayur di dalam rumah batu.
  17. Nak buat barbeque party pun susah sebab smoke polution bakal menganggu jiran.
  18. Nak potong pokok dalam kawasan rumah sendiri pun tidak boleh sebab ada council law.
  19. Nak pasang awning, khemah itu semua perlu meminta kelulusan council sebab melibatkan safety kepada orang lain.
  20. Lebih dari jam 10 malam, tidak dibenarkan buat bising. 

Kita boleh menyenaraikan beribu kebaikan negara orang berdasarkan pemerhatian kita sepanjang perjalanan 5 hari atau 6 bulan mahupun setahun duduk sebagai pelajar. Tetapi jangan butakan mata dengan harga sebuah negara Malaysia yang tidak bolehd ijual beli. 

Objektifnya kita keluar ke negara lain adalah dengan mencedok idea atau apa-apa perkara untuk diaplikasikan di dalam Malaysia. Kalau menteri-menteri sudah tidak boleh diharap, janganlah dibuang Malaysia itu, malah kita bangkit untuk membantu belia-belia kita menjadi pewaris bagi memartabatkan tanah air di mata dunia.

Migrate itu tiada cacat celahnya, cuma pasanglah niat yang kita berhijrah untuk membantu tanah air kita pada suatu hari nanti. Jangan ditanam api kebencian di dalam hati dengan menyalahkan negara sendiri. 

Ramai sahabat-sahabat saya datang dari Malaysia untuk bekerja di Australia secara sah dan tidak sah. Saya tidak pernah bangkang kalau itu yang terbaik. Cuma jangan dibiak cara bagaimana anda masuk kepada yang lain. Kelak yang buruk adalah nama Malaysia. - Amar Aziz | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.