Ingin Hantar Anak Ke Sekolah SJKC? Baca 9 Tips Penting Ini


Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan Cina, SJKC. 

Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC. Antara pro yang paling jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari tiga bahasa. Kontranya pula ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama dua kali seminggu sahaja.

Oleh itu, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah. Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke SJKC agar dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak.

1. Mulakan dari tadika

Hantar anak-anak kita ke tadikan yang ditempatkan di sekolah Cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita mahu menghantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun. 

Ini bagi memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour kononnya mengajar mandarin adalah tidak digalakkan. Tadika sedemikian hanya mahukan duit sahaja sedangkan silibusnya entah apa-apa. 

2. Kenali Cikgu

Kenalilah cikgu-cikgu anak anda bagi mengenalipasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ini semuanya sibuk-sibuk belaka. Ini kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid setiap hari.

3. Tubuhkan 'Support Group'

Tubuhkan satu kumpulan sokongan dengan ibu bapa yang lain agar dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dan harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari. Senarai homework (kongker) selalunya akan disalin di papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak menyalin, kelak dia tidak tahu homework mana yang perlu dibuat. 

Semasa buku homework di"pass-up" dan anak kita tak buat homework, dia akan dimarahi oleh guru secara 'kaw-kaw'. Bila guru marah, bukan salah guru dan guru marah kena dia mahukan anak kita 'improve'. 

Jika kita campur tangan dalam hal guru memarahi anak kita, kelak anak kita bakal diboikot oleh guru. Selagi guru yang menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah anak kita, kita tidak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak-anak kita buat semua homework. 

Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci. WhatsApp group itu pasti akan membantu. Lantiklah seorang ketua ibu bapa dalam WhatsApp group yang 'caring' dan suka membantu. 

Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak membuat homework sehingga larut malam.

4. Peranan Ibu Bapa 100%

Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlukan penglibatan ibubapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana anak anda akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberikan tekanan kepada mereka. 

Salin jadual waktu dengan cermat dan 'know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa Cina, pastikan anak-anak membuat hafalan. Kalau salah, pasti kena!

5. Pastikan Anak Berdisiplin

Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan tiada sebarang kelonggaran yang diberikan. Oleh itu, ibubapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat, rambut harus pendek seperti yang ditetapkan, kuku kena pendek, lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Di hari murid-murid pakai baju sukan mesti pakai baju sukan. Hari Isnin, sila datang awal kerana ada perhimpunan sekolah. Jika langgar peraturan, anak kita akan dilabel sebagai murid bermasalah dan ini akan menganggu prestasi akademik mereka. 

6. Bekalkan Makanan

Bagi orang Islam, sediakanlah bekal pada anak-anak jika berasa was-was dengan makanan yang dijual di kantin sekolah. Jika tiada masa, cari ibubapa yang buat bisnes bekalan halal untuk anak-anak kita. 

7. Homework siap sebelum tidur

Jika kita tidak mahu menghantar anak kita ke tuition sekolah (sampai jam 3 petang), cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR, pastikan homework siap sebelum tidur. 

8. Jangan sensitif

Anak kita dimarahi oleh cikgu adalah perkara biasa terutamanya cikgu yang suka bising-bising. Jadi usahlah terlalu sensitif dan ibubapa diminta sediakan mental anak anda untuk menerima keadaan tersebut.

9. Pastikan silibus agama diajar

Bagi yang beragama Islam, kenalilah ustazah atau ustaz di sekolah anak anda. Pastikan juga silibus agama diajar. Ajarlah anak-anak anda sendiri membaca al-fatihah, surah lazim dan lain-lain.

Tolonglah jangan saja-saja nak meletakkan anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita! Kasihan pada mereka, cikgu juga tertekan nak menguruskan anak-anak yang mana ibubapa mereka bersikap lepas tangan. 

InshaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar mereka ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa di luar sekolah, itu lebih baik, akhirat juga terbela.

Cuma saya lihat, anak-anak menjadi skema sikit kerana adakalanya SJKC ini terlalu tegas namun ada kebaikannya. 

Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan. Maaf jika penulisan ini agak panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya, Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja. - Emil Bahari | PIXEL MEDIA

9 comments

IdaMandarin said...

Sangat betul! Saya yg pernah sekolah cina rasa bertuah sebab masuk sekolah cina. Selain dari tahu bahasa extra, kita juga telah dilatih dengan sikap yang lebih kompetitif dan positif. Kalau Xberusaha, janganlah berharap rezeki nak turun dari langit.

Sekadar ingin berkongsi, semasa saya menuntu di sekolah rendah dahulu, ayah saya menghantar ke sekolah agama di sebelah petang.

Dari segi makanan pula, saya sangat bersyukur kerana saya punya ustazah yang sangat rajin membawa saya ke sekolah Melayu berdekatan dan makan di situ. Mama saya juga sering bagi bekal, dan jujur saya katakan, cikgu saya juga amat memahami.

Dari segi rotan pula, ayah saya tidak memanjakan saya. Bahkan saya bersyukur kerana dirotan. Hahahaha! Homewok memang banyak, ini untuk memupuk budaya rajin. Ini bukanlah masalah besar pun...

Harap komen ini membantu! :)

admin said...

Sangat2 betul & setuju...

3 anak saya skolah di SJKC.
skarang smua pandai cakap Cina, walaupun bangsa bukan Cina.

mulanya... rasa kesian... anak balik jam 1pm... ada hari balik jam 3pm... dengan berat bag 3-5kg. tapi bila pikir balik... dulu saya balik skola jam 12pm... sampai rumah jam 6pm... mandi sungai, panjat buah buahan... main biji getah... dan lain2. jadi... biarlah doarng stay kat skola sampai jam 3pm... dan memang betul... bila dah tahun 3 smuanya... mereka dah biasa dan lasak dengan situasi itu....

skarang anak2 smua dah masuk Sekolah Menengah kat SMK... tak sambung ambil bahasa Cina... cukup lah di SJKC ja... skarang fokus tuk SPM ;-)

BAE said...

homework meningkatkan kepandaian anak-anak adalah myth. kesian budak-budak didera sebegitu. saya sekolah rendah sekolah kebangsaan jarang buat homework malah saya anti homework. murid lain buku latihan BI dah masuk buku ke-2 yang distapler dengan buku pertama. buku BI saya kekal muka surat 1, bukan 1 helai. P-A-G-E 1. haha.

Saya tetap lulus UPSR dengan straight A's. kejayaan tidak datang tanpa usaha. Gantian homework adalah baca buku novel BI, komik dan lain-lain. Pergi library 2 minggu sekali. Orang pinjam 2 buku, saya guna 3 account dan pinjam 5 buku.

Rajin membaca disebabkan minat dan memberi tumpuan 100% kepada pengajaran cikgu boleh memberi kejayaan. Homework adalah sesuatu yang dipaksakan dan tidak enjoyable. Homework is for the birds. setiap murid adalah berbeza mengapa jadikan mereka robot yang mesti mengikut acuan yang sama. learn thru passion not fear.

bae

Liza zain said...

Sebagai guru..saya sendiri terasa bahang mengajar pelajar yang terlalu dimanjakan dengan tiada homework.pelajar sangat malas.mmg kalau mahu melentur biarlah dari rebungnya.bagi yang mampu berjaya tanpa banyak latihan yang guru berikan..tahniah!! Bukan semua orang mampu buat begitu..tidaklah boleh kita menyamakan tahap kepandaian dan teknik belajar dengan senua orang..kerja rumah merupakan latihan mengingat semula apa yg telah di pelajari di sekolah pada hari tersebut..amat penting utk ingatan jangka panjang..kekerapan menghasilkan kemahiran

nidapink90 said...

Bukan semua org bertuah dan dilahirkan otak bijak dan iq tinggi x prlu wat homework byk,blja byk pun bleh pndai.. ade org x brapa pndai asalnya, so die prlu rajin stdy n latih tubi spt homework.. dan lma2 nmpk hasilnya.. sy x stju lau org ckp homework bukn cra tuk pandai. Sbb manusia brbeza. Btuah la yg x prlu byk usaha tp dh pndai

nidapink90 said...

Bukan semua org bertuah dan dilahirkan otak bijak dan iq tinggi x prlu wat homework byk,blja byk pun bleh pndai.. ade org x brapa pndai asalnya, so die prlu rajin stdy n latih tubi spt homework.. dan lma2 nmpk hasilnya.. sy x stju lau org ckp homework bukn cra tuk pandai. Sbb manusia brbeza. Btuah la yg x prlu byk usaha tp dh pndai

Robiyatun Abdul Rahman said...

Anak sulung saya sekarang baru sahaja melangkah ke alam persekolah di SJKC SIN MING...sbg persediaan utk ke sekolah SJKC, saya telah mula menghantar ank saya ke tadika cina sejak usianya 4 tahun lagi...semasa bersekolah di tadika cina STRAWBERRY WONDERLAND hanya anak saya seorg sahaja murid melayu...& yg bagusnya dlm masa x sampai beberapa bulan dia sudah dpt menguasai bahasa mandarin dgn baik..dr segi homework mmglah byk...kdg2 kesian jugak tgk dia...tp kita sbg ibubapa mestilah duduk sekali dgn ank kita time dia buat homework tu...bantu dia apa yg patut...setiap hari pkul 5pg saya dh bangun masak & 'bento'kan utk dia..dlm kelas dia pun ade beberapa org murid melayu...so far time rehat dia tetap ke kantin sama mcm murid lain cuma kena selalu pesan dgn dia jgn beli & makan makanan di kantin sekolah..& jgn juga mkn bekal murid cina tetapi dia blh share makanan dia dgn murid cina...lps sekolah dia ke sekolah agama mcm biasa...& saya perhatikan pemahaman dia dlm agama semakin bagus...so far saya tgk ank saya yg bersekolah di SJKC tiada bezanya dengan murid yg bersekolah di SK..Tapi yg pasti..ank2 yg dpt menguasai bahasa asing adalah ank2 yg pandai...& skrg pun peningkatan bilangan murid melayu & india yg bersekolah di SJKC juga meningkat. Pengalaman dr seorang ibu yg menghantar ank ke SJKC...

roshahzlieza mustapa said...

berminat nk belaja bahasa cina.bukan mandarin...tp kantonis..bunyinye sangat cool...cool macam bahase jepun,,mandarin xbest....serabut sangat bunyinye...

Whostart Jhon said...

Saya setuju... displin memang baik... homework pun banyak... setiap hari pasti ada homework... tp yg buat pening kepala... nak tolong anak buat homework matematik & sains... semua dlm bahasa cina... ada idea tak utk bantu saya agar mudah saya membantu anak saya menyiapkan homework...

Powered by Blogger.