Isteri Izinkan Kahwin Lain Sebab Dia Selalu Kerja Syif


Hari ini, saya nak kongsikan luahan saya. Saya hanyalah perempuan biasa-biasa sahaja. Umur 25 tahun, Alhamdulillah belum pernah bercinta lagi. Tetapi ramai yang sudah mula 'bising' kata, saya sepatutnya sudah ada teman lelaki. 

"Herrr?? Ingat senang ke??"

Saya jenis yang tidak senang duduk bila berdepan dengan lelaki walaupun saya sebenarnya jenis yang gila-gila. Ada sesiapa yang sama situasi dengan saya?

Ada juga yang cuba mahu berkawan, tetapi saya bukanlah jenis reti sangat nak berkawan dengan lelaki. Tetapi baru-baru ini ada seorang lelaki yang cuba merisik-risik di Facebook. Memang islamik bukan main lagi, saya hanya balas mesej dia biasa-biasa sahaja. Layan tak layan, sama banyak.

Memang tidak dinafikan yang saya seperti mahu juga untuk mengenali dia dengan lebih dalam sebab dia macam islamik kan. Siapa yang tak nak lelaki islamik? 

Bila kami bersembang-sembang, rupa-rupanya dia sudah kahwin. Wow! Sudah dua tahun berkahwin dan ada anak seorang. Saya pun bertanya pada dia, kenapa mahu kahwin lagi. 

"Isteri saya selalu kerja syif. Kami selalu tidak dapat bersama," jawabnya. 

Saya menjadi terkedu bilamana dia mengaku mahu kahwin lagi disebabkan nafsu. Tetapi dia cuba jelaskan yang dia boleh berlaku adil dan isteri dia mengizinkan dia kahwin lagi. 

Bahagian yang paling menarik ialah, dia keluarkan habis semua dilil ayat Quran hadis sunnah semualah. 

"Eeeee! Ya Allah! Rasa macam nak belasah saja lelaki ini!"

Kasihan pada isteri dia dapat suami seperti ini. Habis saja dia ceramah tentang poligami, giliran saya pula berceramah pada dia. Tetapi saya tak retilah nak keluarkan hadis dalil semua itu. Saya cuma bercakap berdasarkan fakta sahaja. 

Kepada yang lelaki bergelar suami itu, kalau dah kahwin, buatlah cara dah kahwin. Hargai isteri sendiri dan bila ada masalah, jangan nak fikir kahwin lain sahaja. Berbincanglah dengan isteri baik-baik, jangan sampai orang luar tahu masalah kita, tetapi isteri sendiri tidak tahu apa masalah suami. Amanah suami besar bila dah jadi seorang suami. Haisyhh! Saya mulalah nak berceramah ni. Rasa mendidih pula bila bercakap tentang hal ini. 

Tetapi jangan salah faham, saya bukan 100% menghalang poligami. Saya tak halang kalau dah memang betul ada masalah. Contoh dah kahwin bertahun-tahun tetapi masih tak dikurniakan anak atau isteri ada masalah kesihatan atau apa-apa masalah yang munasabah. Jangan disebabkan nafsu, suami asyik nak fikir kahwin lain sahaja. Itu bukan penyelesaian yang terbaik. 

Saya tahu ramai lelaki yang baik di luar sana. Harap-harap saya juga dapat berjumpa dengan lelaki yang baik dan doakan saya menjadi perempuan yang baik juga. InshaAllah. - IIUM Confession | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.