Isteri Mana Yang Tak Geram Suami Asyik Keluar Lepak Dengan Kawan


Isteri yang sudah berkahwin akan tinggalkan semua perangai semasa bujang. Kawan-kawan ajak keluar lepak, fikir 44 kali nak keluar atau tidak sebab masih ingat pada suami, anak-anak. 

Kadang-kadang kawan mesej ajak keluar. Terus reply tak jadi keluar sebab suami tidak mengizinkan. Padahal belum diberitahu pun pada suami sebab mahu menjaga hati suami. 

Iyalah, sudah kahwin, kalau dengan kawan-kawan bukan tak boleh keluar sekali. Tetapi bila keluar, asyik kasihan pada suami. 

Tapi, wahai kaum suami sekalian alam, bila kawan ajak lepak, terus keluar. Bukan tak boleh, kalau dah setiap hari keluar lepak, buat apa? Main game Clash of Clans? Sembang tentang kerja? Rasanya tidak. Minum kopi secawa, sembang merapu-rapu. 

Jangan salah faham, bukan tak bagi lepak dengan kawan-kawan. Tetapi kalau sudah setiap hari begitu, baik suami kahwin saja dengan kawan dia. Tinggallah serumah dan sembang sampai esok pagi. 

Namun, suami banyak alasan. Takut kawan terasa hati, takut kawan kata suami takut isteri. Padahal semuanya ada isteri. 

Isteri mana yang tak geram tengah melepak dengan suami, suami lebih pentingkan kawannya. Padahal yang masak, basuh baju, buat kerja rumah itu kawan suami ka yang buat? 

Saya tak kata pada suami saya, saya nasihatkan saja pada suami saya, suami anda-anda semua. Haha! Sekian. - Eira Zaki | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.