Iyeke Dah Terjual 2 Juta Unit? Atau Cuba Cipta Persepsi Konon²nya Laku?


KUALA LUMPUR - Minggu lalu, gambar sekumpulan model lelaki berbadan sasa atau 'sado' memakai Jubah Pahlawan viral di media sosial, menerima pelbagai reaksi netizen. 

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang negatif. Mereka juga menganggap pakaian itu tidak sesuai digelar sebagai jubah kerana dilihat 'sengaja' mempamerkan tubuh badan yang sado berbanding jubah yang sepatutnya berfungsi menutup bahagian badan agar tidak kelihatan terlalu menonjol. 

Namun, pengasas Farbel Exclusive, Syubaili Aziz pula berkata, ekoran viralnya gambar-gambar modelnya memakai jubah berkenaan, dia telah menjual sebanyak 2 juta unit. Kebanyakan pembelinya adalah dari Brunei, Thailand, Singapura, Taiwan dan Arab Saudi. 

"Hanya beberapa hari selepas ia viral sejak Jumaat lalu, saya telah menjual dua juta unit," katanya. 

Menjawab kepada respon negatif netizen dia media sosial yang mendakwa pakaian itu sesuai untuk gay dan pondan, Syubaili mengatakan dia langsung tidak terkesan dengan komen-komen tersebut. 

"Sebenarnya produk yang kami jual kepada pelanggan tidak ketat. Ianya longgar dan saya tidak sangka jubah itu menjadi begitu ketat apabila dipakai oleh model. 

"Saya cuma senyum pada komen-komen negatif. Publisiti itu telah melonjakkan perniagaan saya," katanya kepada Malay Mail Online. 

Bagaimanapun, netizen sekali lagi mempertikaikan jumlah penjualan sebanyak 2 juta unit itu adakah benar atau mereka hanya sekadar mahu mencipta persepsi yang kononnya jubah itu 'laku'.

"2 juta? Nak kencing orang, kena kuat sikit. Siapalah yang kurang cerdik nak beli jubah seperti ini? Kalau benar dua juta unit telah terjual, tiada pula nampak orang yang memakainya di sana sini. Orang kita kalau nak sembang, mesti sembang lebat habis," kata netizen. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.