Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Di Majlis Kahwin Orang


Bila tiba musim cuti persekolahan, bermakna tiba jugalah musim orang berkahwin. Memang seronok pergi ke majlis perkahwinan orang, tetapi adakala kita terbuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kalau boleh, jangan lakukan 7 perkara di bawah ini:

1. Ambil makanan macam tak makan seminggu

Penuh pinggan! Tinggi menggunung macam gunung berapi! Relakslah brader, memang makan percuma tetapi kena ingat orang di belakang. Ada juga yang ambil makanan banyak-banyak tetapi makan tak habis. Kasihan nasi itu menangis.

2. Tapau lauk walaupun majlis belum selesai

Memang tuan rumah nampak seperti tidak kisah. Takkanlah tuan rumah nak rampas kalau orang dah siap tapau dalam plastik? Agak-agaklah kan. 

Kalau lauk habis semasa majlis sedang berlangsung, malulah muka tuan rumah. Yang biasa buat aktiviti tapau-menapau ini selalunya jiran sebelah atau belakang rumah. Kalau ada lebih selepas selesai majlis, biasanya tuan rumah akan tolong packing siap-siap.

3. Minta bergambar semasa pengantin sedang makan

Kawan-kawan datang dari jauh nak berjumpa dan bergambar dengan pengantin. Tetapi berilah pengantin peluang untuk makan dahulu. Manalah tahu mereka dari pagi tak makan. Yang lelaki tolong kenduri, yang perempuan kena make up. Kalau makan, takut cair make up atau tertumpah kari di busana. Jadi tak perlulah korang pergi belakang meja makan berabad dan selfie bagai. Mertua tengok pun lain macam.

4. Request Door Gift untuk orang di rumah

Tak usah minta door gift untuk anak, isteri atau jiran yang tidak dapat datang. Benda itu diberi sebagai kenang-kenangan dari tuan rumah kepada tetamu. Kadang-kadang dah nak masuk kereta pun sanggup patah balik sebab teringatkan orang di rumah. 

"Lain kali kalau nak door gift, sila datang ye!"

5. Berkampung di meja

Memang best duduk di meja sambil makan kerepek ubi. Ditambah pula ada gosip pasal jemah janda berhiasa nak berkahwin dengan orang kaya tetapi hitam. Campur dengan dewan beraircond. 

"Hello! Kalau nak duduk lama-lama, pergi warung tepi simpang. Orang lain pun nak duduk juga!"

6. Rembat selipar atau kasut

Aku ingat di surau asrama saja yang kena rembat selipar. Di kenduri pun ada juga rupanya. 

Dia datang dengan selipar Tat Sing tapak keras harga RM2.40 sepasang. Bila balik dia pakai pula sandal Karrimor beli di Sport Direct. 

Amboi amboi amboi. Korang tahu tak mencuri itu berdosa? Kasihan tuan empunya sandal balik berkaki ayam sambil menunggang motosikal Yamaha 125z clutch pendek gear sungkit.

7. Minta ambil gambar guna handphone seorang demi seorang

Aku tak kisah sangat tentang perkara ini tetapi dalam satu group photo, seorang saja sudah cukup. Lepas itu, kongsikanlah gambar itu di WhatsApp. Apa korang bermusuhan ke tak boleh nak WhatsApp gambar? atau takut resolution gambar WhatsApp kecil dan tak boleh nak print dalam skala besar? 

Orang lain dah beratur tunggu giliran. Kalau nak bergambar banyak-banyak, tunggu masa diri sendiri kahwin nanti ye. Nanti korang tahulah macam mana rasanya rahang boleh cramp sebab terlalu banyak senyum. - Faizal Ramli | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.