'Jangan Pergi Hotel Servis Macam Haram Ini!'


Saya nak beritahu anda semua, jangan pergi ke hotel macam haram ini. Servis tak bagus, tolong sama-sama viralkan. Serius saya kata hotel ini tidak bagus. 

Memanglah hotel itu murah, tetapi masalahnya mereka tidak terangkan betul-betul. Saya sudah ambil sebuah bilik untuk dua, maksud saya macam katil untuk dua orang. Saya sendiri sudah ada satu bilik, cuma saya lepak seketika di bilik makcik saya untuk bersembang. Bukannya tidur di situ. 

Namun, kakitangan hotel memarahi makcik saya dan akan kenakan caj tambahan. Saya pun marahlah kakitangan hotel itu dan menjelaskan bilik itu sememangnya untuk diinap oleh dua orang. 

Enggan beralah, kakitangan itu pula berkata, "Kalau nak bersembang, sembang kat bawah. Kat bawah ada tempat untuk bersembang,".

Makcik saya itu bukannya larat nak turun ke bawah, naik ke atas semula. Hotel pula tiada menyediakan perkhidmatan lif. Hanya tangga sahaja yang disediakan. 

Saya ingatkan perkara itu selesai di situ, keesokkan harinya pula kakitangan itu membalas dendam dengan tidak memberikan saya breakfast yang sepatutnya dua orang dapat. Hanya satu breakfast sahaja yang diberikan untuk kawan saya. 

Kemudian, kakitangan hotel itu boleh pula mengadu pada kawan saya kononnya saya bersikap kurang ajar terhadap mereka. Terbalik pula?! Sepatutnya saya yang mengadu, tetapi mereka pula yang mengadu? Bertambah bengang dan sakit hati pula saya dengan sikap tidak profesional kakitangan hotel ini. 

Memanglah hotel rate murah, tetapi sekurang-kurangnya berilah layanan yang baik. Ini tidak, kakitangannya 'kerek'. Hotel Sweet Memorieslah sangat! - Nur Farah Ain | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.