Jual Kucing Untuk Dibela, Hukumnya Harus


PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) Ustaz Fathul Bari semalam berkata, aktiviti menjual binatang peliharaan, kucing, adalah dilarang dalam Islam mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. 

"Ini contoh yang mungkin mengejutkan kita, tetapi memang betul pun dalam hadis, nabi melarang jual beli kucing. Jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini. Orang Islam hanya dibolehkan untuk membela haiwan tersebut, cuma larangan hanya ke atas urusan jual beli sahaja. Soal kita hendak bela, jaga atau ambil tepi jalan, ambillah.

"Kenapa dilarang? Apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak, tetapi ia soal larangan daripada Allah," katanya dalam video Fokus Kitab Ahli Sunnah (FOKAS). 

Bagaimanapun, pandangan Ustaz Azhar Idrus pula berbeza di mana, urusan jual beli kucing adalah tidak diharamkan jika ia bertujuan untuk dibela sahaja. 

"Ada orang kata jual kucing, duit tak boleh di makan. Tiada ulama berfatwa begitu. Menjual binatang yang tak boleh dimakan, ada dua hukum. Yang pertama, harus, yang kedua haram. 

"Bila harusnya? Contoh, binatang kucing. Kucing ini boleh dimakan? Tak boleh, tetapi kita jual bukan untuk dimakan, kerana ada orang suka kucing. Orang ini suka parsi, orang ini suka kucing iran, kucing turki, kucing mongolia. Banyak jenis kucing yang ada. 

"Jadi, kucing dibeli untuk peliharaan, hukumnya harus dan difatwakan oleh ulama-ulama mutaqaddimin dan ulama-ulama mutaakhirin, hukumnya harus. Kerana apa? Tujuan. 


"Yang kedua, haram. Dijualnya kucing kepada orang yang makan kucing. Memang family itu makan kucing. Singang, celup tepung bagi, tak boleh. Kalau binatang haram, orang kafir sahaja yang boleh makan dan kita tidak boleh jual kepada dia. Biarlah mereka sendiri yang mencari dan makan, kenapa pula kita yang menjadi tukang jual? Apa yang haram dimakan, adalah haram kita jualbeli.

"Tetapi dalam bab kucing, binatang peliharaan, boleh kita jual kerana bukan untuk dimakan," katanya dalam Kuliah Menjawab Kemusykilan Agama yang dimuat naik dalam laman YouTube pada 2012. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.