'Kak, Nak Minta Duit Beli Makanan'


Datang seorang budak bagi salam dan meminta duit untuk membeli makanan. Nama dia Batrisyah, berumur 10 tahun. Kasihannya adik ini. 

Batrisyah kata, mereka telah ditinggalkan oleh ayah sebab kahwin dengan perempuan lain. Bermacam-macam soalan yang saya tanya pada adik ini, barulah saya hulur duit pada dia. 

Selepas suami siap beli barang, saya beritahu dia. Kami berazam pergi mencari Batrisyah semula dan ternampak dia sedang bermain dengan kucing di depan Kipmart Masai. Sedih melihat kehidupan adik ini. 

Tak puas hati, kami pergi berjumpa dengan ibunya yang duduk di sudut jalan bersama dengan seorang lagi anaknya yang berusia 6 tahun. Kami ajak mereka pergi makan, tetapi ibunya segan. Akhirnya suami saya bungkus makanan untuk mereka.

Menurut ibu Batrisyah, dia pernah meminta bantuan dari banyak pihak berwajib, namun susah nak dapat. 

Sesiapa yang terjumpa adik ini, ringan-ringankanlah tangan dan hulurkanlah bantuan yang termampu. - Zalina Abdul Karim | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.