Kenapa Dengki Sesama Bangsa Sedangkan Darah Kita Sama?


Orang Melayu kata Cina celaka sebab semua Cina sudah kebas dan monopoli perniagaan di Malaysia. Itulah sebab semua Cina sudah kaya. 

Orang Cina pula kata Melayu B**i sebab pegang semua kuasa dan bumiputera banyak keistimewaan diberi. Cina sudah rugi banyak. 

Orang India pula berkata, semua Pund*k sebab kaum minority sudah ditindas dan sukar mencari makan. 

Saya cakap, "Phuiii!" sebab kalau semua ini betul, sudah lama kita bergaduh dan Malaysia pun hancur. 

Sudah berapa lama kita hidup bersama? Sudah berpuluh-puluh tahun. Kita punya moyang, nenek, tok wan, appa, amma sudah lama bikin ini negara Malaysia. 

Di Damansara Heights, ada rumah Cina 4 tingkat, rumah Melayu 4 tingkat, rumah India 4 tingkat. 

Di Flat Sentul, Ah meng jual nasi ayam duduk sebelah rumah sama Kassim yang kerja sebagai kerani posmen. Muthu pula menjual maruku ada di block sebelah sana.

Kerajaan dulu mewujudkan dasar ekonomi baru sebab nak memberi keseimbangan pada ekonomi. Bila ada keseimbangan dalam sosio ekonomi masyarakat, semua orang tak akan saling benci membenci dan cemburu dengan orang lain serta boleh duduk diam-diam aman damai mencari makan. 

Dasar ekonomi baru menyatkaan, kenapa tidak kita angkat sedikit wang untuk membina sekolah. Kita hantar budak Melayu yang masih tertinggal jauh di belakang dalam pelajar, pergi belajar. Dengan harapan bila mereka sudah pandai, bolehlah hidup senang sikit dan membantu dalam hal ehwal ekonomi. 

Orang Melayu tidak mampu membeli rumah dahulu sebab tidak cukup wang. Mungkin baru bekerja atau baru berniaga. Jadi wujudlah kuota bumiputera. Jadi, dapatlah beli rumah dengan harga yang agak murah sikit. 

Peratusan orang Melayu miskin dulu memang agak tinggi dan orang Cina juga faham. Dulu orang Cina tidak marah sangat sebab mereka mempunyai peluang yang lain. Mereka mempunyai persatuan yang kukuh, yang boleh menolong mengumpul wang untuk membina sekolah Cina. 

Orang Melayu juga tidak cemburu bilamana orang Cina ada rumah besar kerana mereka faham dengan keadaan ekonomi masa lalu.

Jadi, kenapa semua perkara itu menjadi masalah pada masa ini? Problem sebab abuse. Orang Melayu yang patut mendapat biasiswa gagal mendapatnya sebab ada orang dalam menggunakan khidmat orang dalam untuk  menghantar orang yang tidak layak masuk belajar. 

Anak yang pandai tetapi tiada 'orang dalam', melepas. Anak orang Melayu yang kaya dan mempunyai 'orang dalam' pula yang ditawarkan biasiswa. Begitu juga dalam soal tanah. Tanah yang sepatutnya dapat pada orang yang layak, terlepas pada lanun-lanun. Projek-projek yang sepatutnya dapat pada kontraktor yang berkelayakan, dapat pula pada lanun-lanun. 

Cina pun sama jilake dan Melayu pun sama jilake. Dato Cina beri Dato Melayu makan wang. Dato Melayu beri projek dan tanah. 

The inbalance is no more in the racial differences. Tapi inbalance between the top society and the common people on the streets. The people in the category of 'who they know' and the people who don't know anyone began to drift apart.

Bila sudah lama, ia menjadi virus yang sangat jahat menimbulkan perasaan dengki dan benci. It seperti bom jangka masa yang menunggu waktunya untuk meletup. 

Kalau benar semua Cina itu ba*i dan kaya, kenapa masih ada apek Cina yang jual apam balik di pasar malam? Kalau betul semua Melayu, Bumiputera celaka, kenapa masih ada yang tidur di tepi jalan Chow Kit? 

Apa yang lebih teruk ialah apabila ada masalah di 'atas', golongan tidak cerdik ini akan cuba membangkitkan sentimen perkauman untuk mengapi-apikan kemarahan orang ramai yang akhirnya mencetuskan pergaduhan. Masalah yang kecil menjadi besar apabila ada pihak yang memanipulasikan fakta perkara ini. 

Perkara seperti ini perlu dihentikan dan bertindaklah mengubahnya sebelum kita semua rugi. Yang rugi adalah kita, orang biasa-biasa yang mahu mencari makan dengan aman. - Epp Puii | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.