Kenapa Sentap Dengan Bangla?


Apabila warga Bangladesh di Malaysia boleh manage hidup mereka dengan gaji RM1,500 sebulan, siap boleh kirim duit untuk keluarga di kampung, rakyat Malaysia pula berkata:
  1. "Depa bolehlah, duduk hostel tidur berhimpit-himpit. Tak payah bayar sewa sebab company dah tanggung,"
  2. "Depa boleh survivelah, sebab datang seorang diri tak bawa keluarga. Kita di Malaysia ada keluarga yang perlu ditanggung,"
  3. "Takkan nak suruh rakyat Malaysia hidup seperti Bangla?"

Hakikatnya, mereka tidak membaca isi yang tersirat.
  1. Bangla-bangla itu tidak memiliki handphone mewah. Mereka hanya memiliki telefon yang paling murah, asal dapat menghubungi keluarga di kampung. Rakyat kita bergaji rendah, ada yang masih bersekolah lagi tetapi sudah mampu membeli iPhone yang harganya sama dengan gaji sebulan. 
  2. Bangla-bangla itu tidak menghisap vape dan jarang sangat ternampak mereka lepak di kedai mamak sambil hisap rokok. Rakyat kita pula, vape adalah satu keperluan hidup. Mereka sanggup memaki hamun doktor di Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengusulkan vape diharamkan.
  3. Memang Bangla datang ke Malaysia tanpa membawa keluarganya, tetapi mereka tidak lupa pada keluarga. Duit gaji RM1,500, RM1,000 tidak menghalang mereka untuk mengirimkan duit pada keluarga di kampung. Tetapi rakyat kita yang bergaji ribu riban amat payah menghulurkan duit pada ibu bapa masing-masing. Jika ada, mungkin RM200-RM300 sahaja. Itupun culas bagi alasan Najib curi duit rakyat sambil main Facebook.
  4. Bangla memang catu makanan dan kehendak mereka. Jimat habis dari segala segi tetapi bila mereka jatuh sakit, jika mereka mahukan ubat jantung Metalyse yang berharga RM5,600+ itu, mereka kena bayar harga penuh. Rakyat Malaysia pula, hanya bayar RM1.00. Selepas sihat, sambung memaki hamun Perdana Menteri yang kononnya menjadi punca sakit jantung dan obese. 
  5. Tidak pernah melihat Bangla di Malaysia mengalami masalah obese. Rakyat Malaysia pula mengaku menganggur dan terseksa tetapi badan satu-satu semangat tak boleh nak cakap. Negara kita adalah juara indeks obesiti Asia!
  6. Bangla di tempat saya ini, walaupun kerjanya sebagai buruh binaan setengah mati, solat jemaah di masjid tidak pernah tinggal. Biasa saf-saf utama mereka yang tawan. Azan pun mereka yang laungkan kadang-kadang sebab mereka yang paling awal tiba di surau/masjid. Bulan ramadhan lagilah, langsung tak tinggal solat maghrib di masjid. Rakyat Malaysia yang kuat complaint dan memaki hamun kerajaan? Nak nampak batang hidung di masjid seminggu sekali pun payah. Tetapi online Facebook dan maki hamun kerajaan 24 jam. 
Ciri-ciri tambahan lain yang ada di dalam gambar di bawah. Anda ada nak tambah? Silakan. - Abdul Rahman Abdul Kadir | PIXEL MEDIA


No comments

Powered by Blogger.