Lelaki Bangladesh Rogol Remaja Perempuan 13 Tahun


KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang lelaki Bangladesh pada malam semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam tadi, mangsa dikatakan menemani ayahnya ke pusat siber di Taman Sri Rampai.

Mangsa kemudian ditarik oleh warga asing berusia 30 tahun itu ke dalam tandas pusat siber tersebut. Mangsa, anak bongsu dari tiga beradik itu diraba di bahagian kemaluan dan dipaksa mendiamkan diri sebelum dirogol.

Si bapa yang menyedari anaknya tiada di sisi terus menuju ke tandas dan mengetuk pintu sebelum mendapati lelaki terbabit merogol anaknya. 

Berang dengan kejadian itu, bapa mangsa dan orang awam bertindak membelasah warga asing itu sehingga bermandikan darah sebelum diserahkan kepada polis. 

Susulan itu, warga asing itu ditahan. Siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. 

Sementara itu, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roya Suhaimi Sarif berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.