Martabat Murid Lebih Mulia Dari Guru


Hari ini martabat murid lebih mulia dari guru. Guru perlu berdiri di depan pagar menyambut dan mengalu-alukan kedatangan murid. Jika dulu, guru-gurulah yang disambut dan dialu-alukan. Nampak saja cikgu bawa barang kiri kanan, berebut-rebut nak salam

Dengar saja tapak kasut cikgu, kalau boleh tak nak bertembung. Tetapi sekarang, murid lalu di depan cikgu tak ada hormat langsung.

Cikgu-cikgu bukan meminta disanjung, dipuji jauh sekali dipuja. Tetapi kalau rasa hormat tidak lahir kepada seorang pendidik, di mana keberkatan ilmunya? Dan rasa hormat itu tidak mungkin hanya berhasil dari didikan guru jika di rumah anak-anak sudah ditalkinkan dengan sikap manja ibu bapa. 

Anak-anak jangan dimarah, jauh sekali dirotan. Justeru, anak-anak yang tidak buat kerja sekolah jangan didenda atau dihukum. Cukup sekadar dinasihati. 

Kalau kelak, ibu bapa terima padahnya, jangan mengalirkan air mata, cukup sekadar tersenyum. Inilah anak yang lahir dari sebuah didikan cemerlang. 

Mohon sedar, ibu bapa membentuk watak, guru-guru membentuk otak. Andai salah memilih rentak, ke jurang bahaya kita terjebak. - Guru | PIXELMEDIA

No comments

Powered by Blogger.