Nak Pinjam RM50,000 Buat Majlis Kahwin


Tadi ada si kacak dan si jelita datang ke bank dan bertanya tentang pinjaman peribadi. Dengan gaji yang kurang daripada RM3,000, mereka berhajat membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

Tertelan air liur mendengar hajatnya. Jadi saya pun bertanyalah apa tujuan dia nak membuat pinjaman peribadi sampai RM50,000. 

"Nak pinjam untuk majlis kahwin kak," katanya sambil tersengih-sengih memandang pasangannya yang tersenyum malu-malu kucing. 

"Oh yeke? Kalau berdasarkan pendapatan bulanan encik, hanya layak membuat pinjaman peribadi sebanyak RM10,000 sahaja. Itu pun jika tiada komitmen yang lain," jelas saya padanya.

Jawapan itu membuatkan wajah lelaki itu hampa dan memandang wanita yang bakal menjadi isterinya. 

"Ala kak, takkanlah dapat RM10,000 sahaja? Mana cukup untuk buat majlis kahwin?" keluhnya. 

"Ha'ah kak, RM10,000 itu baru dapat beli barang-barang hantaran saja," tambah gadis itu. 

Saya tak tahu sama ada nak 'sound setepek' atau beri ceramah free. Saya beri senyuman yang manis sampai tahap dewa 19 dan bertanyakan tentang majlis perkahwinan yang mereka rancang. 

"Majlis akan dibuat selepas raya. Jadi, ada kurang lebih lima bulan untuk kami membuat persiapan," jelas lelaki itu. 

"Encik, untuk majlis kahwin itu, memanglah sekali seumur hidup. Tetapi selepas kahwin pun nak hidup juga. Buatlah perancangan yang baik dan buatlah majlis mengikut kemampuan anda berdua," nasihat saya pada mereka berdua. 

Sopan kan cara saya memberi nasihat kepada mereka berdua?

Mendengar jawapan saya itu, raut wajah pasangan muda itu terus berubah dan tidak puas hati. 

"Majlis perkahwinan kami, suka hati kamilah!" mungkin itu yang bermain di minda mereka. 

Majlis kahwin ini, nak buat yang paling gempak ke, yang paling hipster ke, yang paling mahal ke, yang sederhana ke, yang tak ada majlis ke, tetap akan ada mulut yang mengata dan tetap akan ada orang yang tidak puas hati. 

Perlu diketahui dan diingatkan bahawa, yang menanggung kos kenduri kendara itu adalah anda, yang juga menanggung hutang kahwin anda! 

Sebaik-baiknya, rancang dan buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan anda. Jangan nak sama dengan orang yang ada RM1,000,000 dalam akaun berbanding anda yang hujung bulannya tinggal RM17.50 sementara 10 hari lagi nak gaji.

Kahwin dan pinjaman peribadi? Selepas kahwin juga nak hidup. Nanti bila Pinjaman Peribadi tak habis dibayar lagi, dah gaduh suami isteri. Siapa yang nak tolong bayarkan pinjaman?

Kalau semua nak mendengar umpatan orang, jenis yang suka ambil pusing dengan kata-kata orang, huishhh! Tak boleh hidup weh! 

Akhir kata, jangan jadi si kacak yang kurang akal dan si jelita yang gila glamour. - Bella Leana | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.