'Padan Muka Parking Sesuka Hati'


NIBONG TEBAL - Netizen menyokong tindakan seorang pemandu lori yang melanggar beberapa kenderaan yang menghalang laluan jalan, semalam.

Pemandu berusia 30'an itu berang apabila laluan jalan yang ada terhalang dengan tindakan beberapa pemilik kenderaan yang tidak bertanggungjawab memarkirkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya.

Ekoran itu, pemandu lori melanggar kesemua kenderaan terlibat sebelum meninggalkan lorinya dan melarikan diri. 

Pagi tadi di Pasar Nibong Tebal. Berang dengan kereta yang diparkir sesuka hati, pemandu lori melanggar kesemua kereta yang menghalang jalan.
Posted by Sri Sanjeevan Ramakrishnan on Sunday, February 21, 2016
Siasatan awal polis mendapati lelaki itu memandu secara melulu. Sebanyak 22 buah kereta dan 2 buah motosikal rosak teruk dalam kejadian itu. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyokong tindakan pemandu lori terbabit dan menganggap ia sebagai satu pengajaran buat mereka yang gemar memarkirkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya.

"Buat pertama kalinya saya suka dengan lori hantu ini. Good job," kata Saya Dedi Aus.

"Baguslah, saya suka. Mereka parking seperti tempat ini kepunyaan bapa dia. Jadi, setimpallah dengan apa yang mereka dapat," kata Maran Sukumaran. - PIXEL MEDIA








No comments

Powered by Blogger.