'Patutlah Nombor Giliran Beribu-ribu Di JPJ'


Masih menunggu nombor giliran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen memandu. Tiba-tiba datang seorang India menegur saya.

"Adik, awak nak cepat ke? Kalau nak cepat, saya boleh tolong," dia cuba memberikan tawaran. 

Saya pun rasa pelik, dia nak 'tolong' macam mana? 

Setelah ditanya, rupa-rupanya dia mahu saya bayar RM50 untuk mendapatkan nombor giliran awal yang telah diambil olehnya sebelum ini. 

Saya tidak menyangka, kegiatan yang tidak bermoral seperti ini pun dilakukan di JPJ. Sampai dibuatnya jadi perniagaan! Patutlah kita menunggu berjam-jam lamanya. 

Nombor giliran beribu-ribu, rupa-rupanya golongan seperti ini mengambil nombor giliran awal di kaunter. Kemudian sibuk menjual nombor! Yang lebih memelikkan lagi, kegiatan seperti ini boleh pula berlaku di Jabatan Kerajaan. 

Pada ketika kejadian ini berlaku, ramai geng-geng mereka duduk menunggu di luar pintu. Mereka sibuk menawarkan nombor giliran kepada orang yang datang berurusan dengan JPJ. 

SENANG DAPAT NOMBOR MESKIPUN BERULANG KALI

Nasihat bagi mereka yang ingin berurusan dengan JPJ Padang Jawa, berwaspadalah dengan golongan yang menjual nombor giliran ini. Mereka memang sudah tiada pekerjaan lain yang lebih berfaedah untuk dilakukan. 

Semakin ramai yang menyokong aktiviti mereka, semakin ramailah golongan seperti ini akan muncul. 

Jual nombor, lepas itu senang dapat duit. Yang peliknya, semasa nak mengambil nombor giliran di mesin nombor itu, Pegawai JPJ dan Pengawal Keselamatan yang tolong ambilkan nombor. Macam mana golongan seperti itu dengan sewenang-wenangnya boleh melakukan aktiviti seperti ini di JPJ? 

Saya ambil nombor giliran pada jam 12 tengah hari. Tetapi jam 3 petang barulah nombor giliran saya dipanggil. Bayangkan berapa banyak masa terbazir untuk menunggu saja.

Macam mana tak lama menunggu? Nombor yang terlepas pun kakitangan kaunter panggil sebab yang jual nombor itu pergi jual nombor giliran yang awal-awal. Yang buat kerja ini bukan seorang dua tetapi ramai. Siap memakai baju kemeja dan membawa file holder tetapi tiada isi. - E-en Barbarra La' Perez | PIXEL MEDIA 

No comments

Powered by Blogger.