Penulis Blog Wajib Berdaftar Dengan KKMM


JOHOR BAHARU - Bagi menangani bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab, penulis blog diwajibkan berdaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), demikian cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, cadangan itu dibangkit bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika dan tidak menyalahgunakan internet. 

"KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.

"Jadi kita (KDN) mahu membantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan itu," katanya.

Menurut Jazlan, banyak negara termasuk Singapur turut menguatkuasakan pendaftaran penulisan blog dan beliau tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai oleh Singapura akan dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undang-undang baharu itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.