Protes, Tun Dr Mahathir Isytihar Keluar UMNO


PUTRAJAYA - Terkini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO buat kali kedua, dalam sidang media sebentar tadi. 

Menurut Tun Dr Mahathir, tindakannya itu adalah sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

"Saya buat keputusan ini kerana UMNO bukan lagi UMNO dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya. Saya tidak boleh menjadi anggota untuk parti sebegini," katanya. 

Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah bertindak keluar dari UMNO pada 19 Mei 2008 sebagai tanda protes terhadap pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri pada ketika itu. 

Bagaimanapun beliau menyertai UMNO semula pada 2009 selepas Abdullah berundur. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.