Rakyat Lokal Malas Punca 1.5 Juta Warga Bangladesh Diimport


KUALA LUMPUR - Kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap tenaga buruh asing untuk melakukan kerja-kerja kasar akan menyebabkan negara kehilangan kemahiran tertentu, memetik kenyataan Anggota Parlimen Belia Malaysia (PBM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Suhail Mohamed Kamarudin, pada BERNAMA.

Menurutnya, sikap malas rakyat Malaysia dan tidak sanggup melakukan kerja-kerja buruh kasar menyebabkan negara terpaksa bergantung pada pekerja asing.

"Rakyat tempatan tidak sanggup berpanas, berhujan dan memanjat bangunan tinggi atau rela dibayar gaji rendah. Misalnya untuk membina dan mengecat rumah, rakyat tempatan biasanya akan mengupah pekerja asing untuk melakukan kerja-kerja berat. 

"Realitinya, kemahiran yang dimiliki oleh pekerja asing itu akan membawa keuntungan kepada mereka. Mengapa tidak kita bersusah payah dulu menimba pengalaman dan kemahairan walaupun hanya bekerja sebagai buruh kasar. Sedikit sebanyak melalui pengalaman yang diperoleh, ada rakyat tempatan yang mampu menjadi golongan berkemahiran dalam bidang pembinaan yang amat diperlukan negara," katanya.

Tambah beliau, masyarakat di negara ini perlu mengenepikan sikap suka memandang rendah terhadap pekerjaan buruh kasar serta membuang perasaan malu untuk melakukan pekerjaan itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.