'Ramai Yang Merakam Gambar Dia'


KUALA LUMPUR - Gambar seorang wanita berjalan dalam keadaan tanpa seurat benang di Setapak, viral di media sosial, Khamis lalu.

Dalam kejadian pada jam 1.30 petang itu mengejutkan orang ramai yang berada di tempat itu. 

"Saya dan pelanggan terpinga-pinga melihat gelagat wanita itu. Semua pelanggan termasuk saya memandang ke arahnya tetapi dia buat selamba sahaja" kata Hassan, pekerja restoran yang dimasuki oleh wanita terbabit. 

Menurut Hassan, wanita itu bersuai 20'an dan tinggal di kondominium berhampiran. Wanita itu seperti dalam keadaan separuh sedar dan membeli sekotak rokok, duduk di dalam restoran. 

"Hampir 30 minit dia berada di restoran ini sebelum pengawal keselamatan kondominium datang membawa dia keluar. Dia merayau-rayau di sekitar kawasan kondominium sebelum masuk ke dalam restoran menyebabkan orang awam merakam gambarnya," katanya. 

Jiran wanita terbabit yang ditemui oleh wartawan Harian Metro berkata, dia tidak pernah melakukan perkara seperti itu dan ia adalah kali pertama dia berbuat demikian yang mungkin bertindak di luar kewarasan akal dan fikiran. 


Katanya lagi, wanita itu tinggal bersama dengan beberapa rakan serumahnya wanita namun sudah tidak berada di rumah itu kernaa sudah dijemput oleh ibu bapanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.