Remaja Jual Gincu Bentuk Kemaluan Lelaki


KUALA LUMPUR - Selepas kuih berbentuk kemaluan lelaki viral dua hari lalu, kini muncul pula gincu yang mempunyai bentuk yang sama, viral di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik oleh remaja perempuan di Facebooknya bagi tujuan promosi, dikecam oleh netizen kerana tidak sensitif dengan budaya di negara ini. 

Lapor Suara.TV, remaja terbabit sanggup menukar cover photo Facebooknya semata-mata mahu mempromosikan gincu pelik tersebut.

Netizen menyifatkan remaja yang mempromosikan gincu jenama Diamond Dreams itu gatal dan tidak sopan. 


Bagaimanapun, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa gincu itu diperolehi dari negara jiran atau dibeli secara online. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.