Sayu, Mayat 4 Sahabat Ditemui


MERSING - Mayat empat sahabat akhirnya ditemui di dalam sungai selepas dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing semenjak 10 Februari lalu. 

Kereta jenis Honda Accord itu ditemui oleh beberapa pekerja ladang, terjunam ke dalam sungai berhampiran ladang kelapa sawit di Felda Tenggaroh, Kilometer 42, Jalan Kota Tinggi - Mersing, pagi tadi sebelum melaporkannya kepada polis. 

Mangsa berusia 21 ialah Luqman Jainie, Abu Izzani Abu Bakar, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa. Kesemua mayat mangsa ditemui dalam kereta terbabit dan telah dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. 



Berdasarkan siasatan awal polis mempercayai kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai, lapor Harian Metro. 

Terdahulu, keempat sahabat itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Bandar Seri Alam ke Terengganu untuk bercuti. 

Mereka bertolak dari Seri Alam pada jam 9.30 pagi Rabu lalu dan dipercayai melalui jalan Johor Bahru-Kota Tinggi-Mersing-Rompin menuju ke lokasi percutian yang tidak diketahui. 

Bagaimanapun, dua jam selepas mereka bertolak, keluarga gagal menghubungi keempat-empat mangsa. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.