Sterimar, Tangani Masalah Hidung Bayi Tersumbat


Salah satu benda wajib ada kalau anda mempunyai anak berusia di bawah tiga tahun. Ini adalah Sterimar, sejenis spray air garam yang khusus untuk bayi yang menghidap selsema.

Bayi tidak pandai nak menghembus hingus dan adakalanya saluran hidung mereka tersumbat menyebabkan mereka tidak selesa untuk tidur. 

Apabila dispray menggunakan Sterimar ini, secara automatiknya air garam ini akan menolak hingus masuk ke tekak dan ditelan. Hingus itu akan keluar melalui saluran najis.

Penggunaan Sterimar ini akan membuatkan saluran penafasan bayi lapang dan normal. Bayi yang terdahulu sukar tidur kini boleh tidur dengan lena.

Sesetengah bayi, hingus mereka akan mengalir keluar sendiri. Senang untuk ibubapanya bersihkan. Seeloknya mengiringkan badan bayi, spray ke dalam hidung bayi di sebelah atas. Hingus akan keluar dari hidung sebelah bawah. 

Ulang langkah itu beberapa kali dan anda akan melihat mereka mengeluarkan hingus 'degil' yang menganggu tidur mereka.

Benda ini tidak berbahaya malah, pakar pediatrik juga mengesyorkannya. Sterimar boleh dibeli di farmasi seperti Guardian, Watson. Harganya dalam RM29 sebotol.

Jika bayi anda berusia di bawah 2 bulan, mereka mereka semulajadi ada mukus. Mukus ini akan hilang sendiri apabila bayi masuk di usia 2 atau 3 bulan. Kadang-kadang kita dengar bila dia bernafas diikuti dengan bunyi 'crot.. crott...'. Mukus itu yang membuatkan bayi benafas dengan tidak selesa. Kasihan mereka.

Boleh gunakan Sterimar juga, namun hanya 1 -2 kali sehari. Dan untuk makluman, anak memang akan menangis apabila dispray Sterimar ini ke dalam hidung mereka. Tetapi hanya dalam 15 saat sahaja. Selepas itu, mereka akan kembali tidur dengan lena. - Mizan As-Syatirie | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.