Tanda 'No Pork' Bukan Ditujukan Pada Muslim Saja


'No Pork' dalam konteks Sarawak

Sebagai orang Islam, saya nak mempersoalkan, apakah rasional mengenakan tindakan (penalized) terhadap restoran yang meletakkan tanda 'No Pork'? Muslim mana yang keliru ini?

Yang keliru adalah Melayu rasis yang gagal membezakan babi dengan rasuah. Siapa kita nak menghalang orang makan? Adakah anda Tuhan?

Tahukah anda, tujuan sesetengah restoran meletakkan tanda 'No Pork' bukan ditujukan untuk golongan muslim sahaja. Dalam Kristian juga ada mazhab yang tidak makan babi seperti mazhab Seventh-Day Adventist. Begitu juga dengan pengikut sesetengah ajaran Hindu dan Buddha yang tidak makan daging. 

Tiba-tiba pula ada pihak yang mahu mengambil tindakan, kononnya 'No Pork' itu mengelirukan orang Islam?

"Hello! Bukan Islam pun ada yang tak makan babi."

Ada otak tetapi tiada ilmu. Di sekolah sudah diajar, siap diasingkan kelas Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral tetapi masih juga keliru. Masa di sekolah, buat apa? Dating? Ganja? Bertumbuk? Bila dah dewasa jadi bodoh dan pak turut? Ada mulut tetapi tak mahu bertanya, bila sudah dewasa, keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Letaklah tanda 'Tak Halal', salah. Letak 'No Pork' pun salah. Habis itu nak letak apa? 'No Oink²'? Dengan babi anda boleh keliru, tetapi dengan rasuah tidak pula keliru? Hanya yang bodoh, lemah iman dan cetek agama sahaja akan keliru.

Orang yang ada pendidikan agama akan belajar menghormati dan menerima perbezaan. Dalam Islam, jika mengikut cara Islam, ia dipanggil halal dan kalau tidak, ianya dipanggil haram. Dalam Yahudi, ianya dipanggil Kosher dan Trefa.

Cuba lihat orang Sarawak, perkara seperti ini tidak pernah menjadi isu kerana Muslim di Sarawak lebih pandai berfikir dan terbuka. 

Kalau tidak mahu pergi ke restoran 'No Pork', tidak perlulah kecoh. Pergilah ke restoran lain yang mempunyai tanda Halal. Melambak-lambak restoran halal mamak di Malaysia, settle! - Abdul Aziz Isa | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.