Tangguh Pengambilan Pekerja Asing Termasuk Bangladesh


PUTRAJAYA - Kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan sementara pengambilan semua pekerja asing ke negara ini, termasuk pengambilan pekerja Bangladesh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya lagi, kerajaan juga menyarankan majikan mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing. 

"Penangguhan ini dibuat bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan terhadap pembayaran levi dua tahap (kepada pekerja asing), selain memberi tumpuan kepada program penggajian semula.

"Kita akan memastikan tiada pekerja asing yang baru akan dibawa ke Malaysia dan mana-mana pekerja asing yang tiada dokumen atau berada di negara ini melebihi tempoh akan ditahan dan dihantar pulang ke negara asal," katanya. 

Tambah beliau, penangguhan ini berkuatkuasa serta merta sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar pengambilan pekerja asing ke Malaysia. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.