Taska Cuai, Bayi 17 Bulan Melecur Di Muka & Badan


Masih tidak kelihatan seorang pun wakil dari pihak taska anak kami datang ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri setakat hari ini. Ini menimbulkan persepsi pada kami ibubapa yang menanggung derita bahawa pemilik taska tersebut tidak berminat untuk berhadapan dengan perkara yang terjadi pada anak kami.

Sebaliknya, saya pula ketika dalam keadaan seperti ini yang hampir sepenuh masa menunggu baby Akif di hospital, dijemput ke taska untuk berbincang. 

Apakah logiknya untuk saya ke sana sini dalam keadaan anak kami yang sakit di hospital? Dan apa pula yang hendak dibincangkan? What was done can't be undone. Jadi, perbincangan apa lagi yang dimahukan oleh pihak taska?

Di mana sifat kemanusiaan dan courtesy dari pihak taska sekiranya mereka tidak pun datang menjenguk, sebaliknya kami yang berada dalam kesusahan seperti ini yang diminta untuk menghadap mereka di taska? Adakah ini cara yang tepat dalam menangani krisis? Kalau beginilah caranya, wll they should seriously reconsider carrying on with what they are doing right now. 


INSIDEN DI TASKA SUTERA ILMIAU5, LEMBAH KERAMAT, KLMasih tidak kelihatan seorang pun wakil dari taska anak kami utk dtg ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri setakat hari ini. Ini menimbulkan persepsi pada kami ibubapa yg menanggung derita bahawa pemilik taska tersebut tidak berminat untuk berhadapan dengan perkara yang terjadi kepada anak kami. Sebaliknya saya pula, ketika dlm keadaan sebegini yg hampir sepenuh masa menunggu baby Akif di hospital, dijemput hadir ke taska utk berbincang, tetapi apakah logiknya untuk saya ke sana sini dlm keadaan anak kami yg sakit di hospital dan utk perbincangan tentang apa? What was done can't be undone. Jadi perbincangan apa lagi yg berlegar di benak pihak Taska? Di mana sifat kemanusiaan dan courtesy dari pihak taska sekiranya mereka tidak pun datang menjenguk sebaliknya kami yg di dalam kesusahan sebegini yg diminta mengadap mereka di Taska? Adakah ini cara yg tepat dalam menangani krisis?Kalau ini caranya, well they should seriously reconsider carrying on with what they are doing right now. Bagi kami, kami hanya akan teruskan segala usaha kami yg mana antaranya kami yakin pihak berkuasa berkenaan telahpun mengambil keterangan dan apa-apa yg berkaitan dengan kes anak lelaki kami dari pihak taska. Apa-apa pun, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat yg tidak putus memberi ucapan kata kata semangat dan ada yg dtg melawat anak lelaki kami yg ditahan di Wad 646 kerana kelecuran di sebahagian muka dan badan akibat kecuaian pihak Taska Sutera Ilmi, AU5, Lembah Keramat, dimana kami yakin salah seorang pengasuh di situ CUAI sehingga mengakibatkan anak saya kemalangan di dalam taska. Walaubagaimanapun, antara perkara yg amat mengecewakan kami adalah kegagalan pihak taska untuk mengambil tindakan awal dengan menghantar anak kami ke hospital atau klinik, tatkala anak saya ditimpa musibah sedemikian. Mujurlah kami mampu pada hari kejadian berkejar ke tempat kejadian itupun hanya setelah dimaklumkan oleh pihak taska.Sesungguhnya, lawatan dari saudara dan saudari telah meningkatkan Moral Support kami untuk berhadapan dgn apa yg telah berlaku. Allah shj yg dpt membalas jasa baik anda semua. Amin. Terima Kasih. Alhamdulillah, anak kami beransur-ansur sihat walaupun sebak di hati kami melihat keadaan wajahnya yg kelecuran. Kalau api yg tercucuh di tangan kita yg dewasa ini pun dah menjerit, apatah lagi si comel kami yg baru berusia 17 bulan lecur di muka dan badan. Kami memandang serius dan akan terus menuntut keadilan yg setimpal dengan apa yg telah berlaku terhadap anak kami. Menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil ibu bapa di taska tersebut, untuk memastikan perkara yg sama tidak berulang ke atas kanak-kanak lain, di taska tersebut mahupun taska-taska lain di seluruh Malaysia.P/s: Video taken during dressing procedure.
Posted by Azri Zakaria on Sunday, February 21, 2016
Bagi kami, kami hanya akan meneruskan segala usaha kami yang mana antaranya kami yakin bahawa pihak berkuasa yang berkenaan telah pun mengambil keterangan dan apa-apa yang berkaitan dengan kes anak lelaki kami dari pihak taska. 

Kami yakin salah seorang pengasuh di situ berlaku cuai sehingga menyebabkan anak saya kemalangan di dalam taska. 

Walau bagaimanapun, antara perkara yang amat mengecewakan kami ialah kegagalan pihak taska untuk mengambil tindakan awal dengan menghantar anak kami ke hospital atau klinik, tatkala anak saya ditimpa musibah seperti itu. Mujurlah kami mampu pada hari kejadian bekejar ke taska secepat mungkin. Itupun hanya setelah dimaklumkan oleh pihak taska.

Apa-apa pun, ribuan terima kasih di atas kehadiran keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat yang tidak putus memberi ucapan kata-kata semangat. Ada yang datang melawat anak lelaki kami yang ditahan di wad 646 kerana kelecuran di sebahagian muka dan badan akibat kecuaian pihak Taska Sutera Ilmi, AU5, Lembah Keramat. 

Sesungguhnya, lawatan dari saudara dan saudari telah meningkatkan sokongan moral kepada kami untuk berhadapan dengan apa yang telah berlaku. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua. Amin. terima kasih. 

Alhamdulillah anak kami semakin beransur pulih dan sihat wlaaupun sebak di hati kami melihat keadaan wajahnya melecur. Kalau api yang tercucuh di tangan kita yang dewasa ini pun sudah menjerit, apatah lagi si comel kami yang baru berusia 17 bulan melecur di muka dan badan.

Kami memandang serius dan akan terus menuntut keadilan yang setimpal dengan apa yang telah berlaku terhadap anak kami. Menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil ibu bapa di taska tersebut untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang ke atas kanak-kanak yang lain di taska itu mahupun taska-taska lain di seluruh Malaysia. - Azri Zakaria | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.